Tuesday, 11 October 2011

ahlan wa sahlan

ahlan wa sahlan buat sahabat-sahabat baru di durham:

Kak Wan Aminah, Sabrina, Nurul Husna, Nazlin, Razman&Nik Fazlina, serta Rinzal dan Zikri. Masih belum berpeluang bertemu yang lain. Selamat berjuang di sini dan membawa pulang kejayaan yang diberkati, amiin!!

ps: Doa itu juga dituju buat diri sendiri yang masih di sini.

Wednesday, 14 September 2011

sahabatku itu

salam,

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Berkatilah sahabatku itu.berita gembira disampaikannya padaku, bahawasanya Engkau Pencipta kami telah meniup roh dalam rahimnya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Sekali lagi sang ibu akan melalui proses kelahiran di bumi asing..dan pasti zuriat sulungnya bakal memperoleh sang adik peneman sejati insya-Allah, tidak lama lagi.
Namun apalah dayaku kerna aku sendiri tidak pernah merasai jerih perih melahirkan zuriat...mohon maaf sahabat kerana diriku agak jauh untuk membantu...dan mohon maaf andai aku kurang memberi empati..bukan mudah untukku menasihati dan memahami keadaan sebenar dirimu. Yang pasti,di mana saja sahabatku ini berada, setiap burung2 yg berterbangan, ikan2 di lautan, akan berdoa padamu ya Rabbi, supaya diampuni segala dosanya. Ya Rabbi betapa besarnya hikmah menjadi seorang ibu...Moga-moga dalam setiap kesusahan ada kemudahan...moga dimudahkan urusan menyelesaikan first draft nya, amiin...

Kuatkanlah kami ya Allah dalam memperjuang ilmuMu yang Maha Luas.

Sunday, 11 September 2011

ya, cuba saja

salam,

perjuangan diteruskan! teruskan mencuba wahai diri. Bukankah rezeki semuanya telah tertulis? Penciptamu Maha Mengetahui perjalanan hidupmu. Dan ingatlah, bahawa hanya Dia yang bisa menghilang hapus segala keresahanmu. Usah tertipu dengan keseronokan duniawi.

Namun, ingatlah bahawa usaha duniawi itu perlu kuat dan bersungguh seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi, namun ibadahmu harus khusyuk seakan2 kamu akan mati esok, malah anggaplah setiap ibadat adalah ibadat terakhir bagimu. Satu titik wasatiah yang tinggi yang harus digapai setiap Muslim.

Ya Tuhanku! Bantulah pejuang2Mu...

Me

Sunday, 14 August 2011

Tahniah Kejayaan Phd

Salam,
Dua kalung (bukan sekalung..)ucapan tahniah diucap pada:

Dr Hadijah Jaffri (Education) dan Dr Nur Fakhzan Marwan (Economics) di Durham University,

atas kejayaan masing2 menempuh viva voce yang berjalan minggu lalu. Doakan agar kami menyusul segera selepas ini. Hanya Allah mengetahui beban dan usaha kalian selama ini. Kedua2 rakan saya ini masing2 kehilangan ayahanda tatkala berjuang dalam pengajian phd. Dijah tika di tahun dua, K Nur pula 2 bulan lalu. Banyak pengalaman yang berguna dikongsi pada kami, syukran akhawat ku..

:)

Masih teringat Dijah pernah membantuku tika masakan 'kurang menjadi':)..dan Dijah pernah menghadiahi buku doa yg insyalh menjadi rujukanku sampai bila2.

K Nur,terima kasih atas SEGALA pertolongan yang pernah dihulurkan padaku. Ianya termasuk tetapi semestinya tidak tertakluk:)pada,ilmu2 menakrif graf2 ekonomi, konsep2 kompleks yg harus ku interpret utk menyokong research question ku, namun paling berharga ialah peringatan melalui tazkirah2 yang disampaikan padaku.Terima kasih kerana sedari awal k nur banyak menasihati ku ttg kepentingan amalan zikir harian, solat2 sunat dan HATI YANG BERSIH yang penting pada SETIAP masa, TERUTAMANYA dalam memperjuang ilmu Phd.

I am so blessed by their presence, but I am most blessed by the fact that these kakaks at some point, remind me that Allah selalu berada dengan kita. That's why I have and am, surviving:)

Me
Hari Keempat Belas Ramadhan

Wednesday, 10 August 2011

Juangkah?

Salam para pejuang,

Ramadhan kareem, Allahu Akram. Selamat menempuh hari2 Ramadhan yang indah. Tak harus merintih, malah perlu memperkuat jiwa dan sanubari di bulan ini. Berlapar berhaus sembilan belas jam ini suatu cabaran yang tidak mungkin dapat dilupakan. Setiap hari punya 5 jam sahaja untuk menyegar diri dan jiwa-berbuka, solat wajib, solat sunat tarawih, sahur dan mempersiap penulisan thesis yang memerlukan kerja2 penghalusan dan susunan semula struktur2 yang tersasar. Baki sembilan belas jam lagi bukan bermakna terbuang oleh perkara sia, namun harus diakui kelelahan fizikal dan mental sesekali menyusup lalu mengganggu tumpuan. Ingin menjadi pejuang sebenar, namun banyak kelemahan2 yang harus dibaiki dari hari ke hari. Perasaan rindu berjaya diketepi, namun keupayaan diri masih belum dimaksimakan. Kuatkan kami Ya Rabbi.

Me
Hari Kesepuluh Ramadhan
2.30 pagi

Monday, 6 June 2011

Happy Monday everyone!

I know, it's back to the regular routine, therefore, Happy Monday everyone. Allah bless

Saturday, 4 June 2011

Ketetapan Hati

Salam,
Bagi kita insan lemah yang dan bergantung sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wata'ala, sentiasalah menyebut:
Rabbana la tuzig qulubana ba'da idz hadaitana wahablana milladunka rohmah. Innaka antalwahhaab.
Maksudnya: ("Mereka berdoa dengan berkata:) Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
(Surah ali-Imran ayat 8).

Keterangan Ayat
Bagi mereka yang berilmu dan beramal dengan ilmunya, seringlah berdoa: Ya Allah, jadikanlah kiranya Engkau jadikan hati kami berpaling dari hidayah yang telah Engkau berikan. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari Sisi-Mu". Bermakna, kurniakan ketetapan dalam hati kami akan iman dan hidayah itu. Sebahagian ulama pula mentafsirkannya sebagai memohon keampunan Allah (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat ke-8, surah ali-Imran).

Menurut sebuah hadis riwayat Ahmad, al-Nasa'ei, Ibn Majah dan al-Hakim yang dianggap sebagai sahih olehnya bahawa Nabi s.a.w besabda maksudnya:"Al-Mizan itu berada di tangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga ke hari kiamat. Hati manusia berada antara dua jari Allah al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakinya akan disesatkannya.

Khasiat dan Khaifiat Beramal
Disebabkan hati kita ini amat mudah berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi s.a.w (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 8 surah ali-Imran.

Doa dipetik dari buku yang sama tulisan Ustaz Haji Zahazan Mohamed seperti tertera di entri lalu.

wallahu'alam..

Friday, 3 June 2011

Doa Berlindung dari Segala Kejahatan

Salam,
Moga kamu sihat di sana.:)

Petikan di bawah diperoleh dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Quran Khasiat & Khaifiat Beramal oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Syukran Hadijah Jaffri atas pemberian istimewa ini satu ketika dahulu. Barakallahu fiik..

Doa dalam kita berlindung dari segala kejahatan adalah dipetik dari Surah al-kahfi ayat 106-110.
Maksudnya: "(Mereka yang bersifat) Demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ingin berpindah darinya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan. Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Keterangan Ayat
Ayat2 terakhir surah kahfi ini menekankan isu permasalah keimanan.Lawan kepada akidah yang jelas ialah syirik. Nabi Muhammad pernah mengingatkan para Sahabat agar berjaga-jaga daripada melakukan perbuatan syirik kepada Allah kerana syirik itu lebih halus daripada tapak kaki semut. Mereka yang melakukan amalan kerana INGINKAN SANJUNGAN telah dikira syirik kepada Allah. (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 110, surah jahfi)
Naudzubillah!


Khasiat dan Kaifiat Beramal
Dalam sebuah hadith riwayat ibn al-Dharis dalam Fadhail al-Quran daripada Ismial bin Abi Rafi' berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Surah yang keagungannya memenuhi langit dan bumi yang diiringi tujuh puluh ribu malaikat merupakan surah al-kahfi. Sesiapa yang membacanya hari Jumaat nescaya diberi keampunan buatnya hingga ke Jumaat yang akan datang dan ditambah tiga hari. Dia akan memperolehi cahaya hingga ke langit luasnya dan terpelihara daripada gangguan Dajjal. Sesiapa yang membaca lima ayat terakhir surah ini ketika hendak tidur, maka akan dibangkitkan Allah pada bila-bila masa yang dikehendakinya(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 110-116 surah kahfi).

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Rahawaih, al-Bazzar, Ibn Mardawaih dan al-Hakim yg dianggap sahih olehnya, daripada Umar r.a. beliau berkata Nabi s.a.w bersabda yyang bermaksud: "Sesiapa yang membaca ayat terakhir surah ini, maka Allah s.w.t akan menjadkan baginya Nur yang menerangi untuknya dari Adnin ke Makkah." (al-Durur Manthur, tafsir ayat 110-116, surah al-kahfi).

Moga Allah memberi istiqamah amalan berdoa kepadaku, kepada pemberi buku ini, kepada penulis buku ini dan setiap pembaca entri blog ku di kala ini.Amin

Wednesday, 1 June 2011

Takziah

Salam,
Sekalung takziah buat K Nur Fakhzan sekeluarga atas kehilangan ayahanda tercinta. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan golongan mukmin, amiin ya rabbal 'aalaamin.
Terbaca di blog k nur bahawa arwah sempat dimasukkan ke ICU pada Sabtu lalu. Namun saya ketika itu di Paris bersama keluarga dan tidak berpeluang menghubungi k nur tepat pada masanya. Mohon maaf k nur kerana tiada bersamamu di saat tertimpanya ujian getir ini. Harap k nur bersabar dan banyak2 berdoa yang terbaik buat arwah. Banyak kenangan manis ttg arwah yg sering diceritakan k nur kepada saya. Pastinya kesedihan dan kehilangan ini adalah antara dugaan hebat dalam perjuangan akademik Phd k nur. Moga Allah mempermudahkan jalan2 kehidupanmu selepas ini, wahai sahabat.

Ya Allah, berilah ganjaran syurga kepada arwah tanpa dibisab. Amiin ya rahman.

ps:teringat2 arwah memuji masakan ayam percik saya yang tidak seberapa tika melawat kami di Durham pada tahun 2009. Menurut k nur sampai di Malaysia arwah masih menyebut2 ttg lauk hidangan saya itu.

Al-fatihah.

Wednesday, 25 May 2011

On Him is my trust

Salam pembaca,
Antara maghrib dan isya' hari ni saya berpeluang meneliti terjemahan ayat 123-129 surah al-tawbah seperti berikut (translation 'Abdullah Yusuf 'Ali):

123: O ye who believe! Fight the unbelievers who gird you about, and let them find firmness in you; and know that Allah is with those who fear Him.

124: Whenever there cometh down a surah, some of them say: "Which of you has had his faith increased by it?" Yea,those who believe-their faith is increased, and they do rejoice.

125: But those in whose heart is a disease-it will add doubt to their doubt, and they will die in a state of Unbelief.

126: See they not that they are tried every year once or twice? Yet they turn not in repentance, and they take no heed.

127: Whenever there cometh down a surah, they look at each other,(saying), "Doth anyone see you?" Then they turn aside: Allah hath turned their hearts (from the light): for they are a people that understand not.

128: Now hath come unto you a Messenger from amongst yourselves: it grieves him that ye should perish: ardently anxious is he over you: to the Believers is he most kind and merciful.

129: But if they turn away, say: "Allah sufficeth me: There is no god but He: on Him is my trust-He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme.

Sedikit penerangan:
1. ayat 123: menurut tafsiran Abdullah Yusuf Ali, apabila sesuatu konflik menimpa kita, the FIRST THING is to CLEAR our surroundings of all evil,for it is only evil than we rightly fight. To evil we must put up a stout and stiff resistance. Mealy-mouthed compromises are not right for soldiers of truth and righteousness. They are often a compound of cowardice, weariness, greed, and corruptibility. Dari tafsiran ini kita haruslah menghapuskan segala bentuk kemungkaran dengan keberanian kita kerana kemungkaran memungkinkan timbulnya perkara2 lain seperti sifat pengecut, keletihan/kemalasan, tamak dan rasuah/korupsi.

-pengajaran bagi saya dan anda : jom hapuskan kemungkaran dalam hidup kita.Jom, sekarang juga.

2. ayat 124: beza iman dan kafir dapat dilihat dari segi penerimaan atau penolakan kebenaran wahyu. Golongan kaafirun hanya mentertawa dan mempersenda wahyu. Menurut penerangan tafsir, the Unbelievers ini memperkecilkan wahyu sehingga terpacul kata2 sesama mereka seperti ini: "Does this increase your faith?". Sedangkan mereka yg beriman semakin meningkat imannya, kagumnya dengan kuasa Allah dan penuh rasa bersyukur. He rejoices, because he gets added strength for life and achievement.

-pengajaran bagi saya dan anda: Ini sahaja cara nak kuat dan bertabah. Rejoice, for life and achievement. Tiada prinsip atau metod lain yang boleh menguatkan semangat kita kecuali kita kembali semula pada jalan Allah. Kuatkan iman, maka anda kuat:)

3. ayat 125: secara alaminya cahaya berfungsi menerangi mata yang sihat fisiknya. Tetapi cahaya amat menyakitkan bagi mata yang berpenyakit.Begitu juga halnya dengan wahyu dan kebenaran dari Allah. Cahaya ini amat menerangi mereka yang beriman, tetapi menyakitkan mereka yang tidak beriman/menolak kebenaran. Kebenaran itu sama sifatnya dengan cahaya. Metafora yang cukup indah.Masya-Allah.

-pengajaran bagi saya dan anda : semoga cahaya petunjuk Allah ini menerangi mata dan hati setiap daripada kita ini, amiin:))

4. ayat 126: Setiap tahun golongan yg menolak atau infidel pada cahaya wahyu Allah ini sebenarnya diberi peluang-sekali, atau dua kali. Namun mereka tidak take heed atau tidak ambil peduli, sebaliknya mereka berpaling dari amaran2, pengajaran dan contoh tauladan yang baik di sekeliling mereka.

-pengajaran bagi saya dan anda : walau kita insya-Allah bukan tergolong dalam golongan kafiroon (nau'dzubillah), bagi saya adalah wajar kita mencermin diri dan melihat contoh2 tauladan di sekeliling kita. Pasti ada seorang, dua insan yg boleh dijadikan model/ikutan yg positif. Namun paling penting ialah kita belajar dari pengalaman dan cuba perbaiki diri dari hari ke hari, insya-Allah dengan keberkatanNya mudahlah jalan kita di dunia dan akhirat amiin.Jika diri terasa serabut, cuba fikirkan pengalaman pahit manis Rasulullah dalam perjuangan baginda. Walaupun baginda ma'sum, baginda juga manusia biasa seperti kita yang sentiasa memohon perlindungan dan rahmat Allah. Mari kita teruskan perjuangan baginda, insya-Allah-mengikut kemampuan diri masing2..

5. ayat 127: Sebenarnya, orang2 kafir hilang ketenangan jiwa bila mereka berpaling dari iman dan kebenaran. Mereka digolong dalam golongan yg binasa.

-pengajaran bagi saya dan anda: na'u dzubillah, na'u dzubillah, na'u dzubillah.Doakan hati yang berbolak-balik ini terus berada di jalan yang benar, insya-Allah.

6. ayat 128: Rasulullah adalah mu'allim atau Teacher terbaik. Dalam ayat ini baginda ditafsirkan sebagai insan yang amat sedih jika kita pengikutnya tersasar dari ajaran Islam sebenar. Sebaliknya jika kita patuh dan beriman dengan ajaran Islam, baginda bergembira dengan umatnya yang soleh dan solehah.

-pengajaran bagi saya dan anda: Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala ali sayyidina Muhammad. Cintailah Allah dan Rasul, kerana cinta manusia tidak dapat menandingi rahmat dan kasih sayang yg Allah dan Rasul telah berikan pada kita. Bukankah kita bergantung pada rahmat Allah dan syafaat baginda dalam jalan menuju syurga. Tidak ada manusia yang mampu membantu kita pada saat itu- bahkan suami, ibu, ayah, dan sesiapun insan kesayangan kita juga adalah hamba-hamba Allah yang lemah dan turut mengharapkan rahmat dan syafaat yang sama pabila menghadapi al-mizan nanti.

7. ayat 129: Sekalipun manusia menolak ajaran Allah, Rasulullah akan terus proclaim bahawa Allah adalah segala2nya. " he still proclaims the burning Faith of his heart, which is unquenchable. Allah is All in All. To trust Him is to find the accomplishment of all spiritual desire, His grandeur us figured by a lofty Throne, supreme in Glory!"

-pengajaran bagi saya dan anda: Cukuplah Allah bagiku. Cukuplah Allah bagimu. Amiin..


Wassalam, and deep love from
Me

Saturday, 21 May 2011

Pakaian di Syurga Allah

For them will be Gardens of Eternity; beneath them Rivers will flow; they will Be adorned therein with bracelets of gold, and they will wear Green garments of fine silk and heavy brocade; They will recline therein on raised thrones. How good the recompense! How beautiful a couch to recline on!
[al-Kahf, sura 18:31).

Some explanation:
1. Heaven is figured by all the pictures of ease and comfort which we can imagine in our present state: Gardens: perpetual springs of clear water, which we can see in a landscape from above;
2. The finest and most costly ornaments; the most beautiful clothes to wear; green is the colour mentioned, because it is the most refreshing to the eye, and fits in well with the Garden; the wearer takes the choice of fine silk or heavy brocade; and for rest and comfort, high thrones of dignity on which the blessed ones reclined.


Have a productive day everyone! My final chapters are coming along good-insya-Allah

Me

Tuesday, 17 May 2011

See the whole picture

How nice if all Muslims get to see the whole picture and resolve the problem of Ummah.Instead, we like to establish fruitless argument with each other. What a worthless competition. O Allah please save us all from the signs of munaafiquun. Amin

Monday, 16 May 2011

I love you


That's all I want to say. I love you.










Yup.

Monday, 2 May 2011

m.a.m.a

Untuk kedua2 ibu dan ibu mertuaku,




Thursday, 28 April 2011

start..

Salam,

I know what I am going for. I will grab them. No doubt.


:)

Tuesday, 19 April 2011

You would crawl

The Prophet (peace be upon him)said:

If people knew the reward in praying Fajr and Isha in congregation...



they would go to the mosque even if they had to crawl


(Bukhari and Muslim)

Sunday, 17 April 2011

Dirty Robe

Imam ibn al-Jawzi رحمه الله was once asked:

"Is it better for me to make Tasbeeh (praise Allah) or to make Istighfaar (seek forgiveness)?"

He replied:

"The dirty robe is more in need of soap than perfume"

Friday, 15 April 2011

head and heart




It came to realization that these three feelings must revolve in our heads and hearts on EVERYDAY basis; SYUKUR, SABAR & TAWAKKAL.

And I am struggling to reach that ultimate level of taqwa, and I hope Allah give me the chance to get there.

Tuesday, 29 March 2011

Monday, 28 March 2011

Tricks!

How Iblis laknatullah do their jobs, beware.


Sunday, 27 March 2011

Blessed

Two great occasions blessed by Allah swt:

The month has been a mesmerising one, especially because my Bruneian friend Zeah@Hazeah has got married with her prince charming, amiin! Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fii khair...~lots of wedding photos uploaded on facebook by Arni and Nurul Adri,and so happy to see the occassions of akad nikah, majlis berbedak, majlis bersanding and malam berambil-ambilan went well,as Arni said four occasions in three days!The newly married couple looked stunning, and undoubtedly cahaya kebahagiaan sungguh terpancar di wajah mempelai..alhamdulillah...semoga berkekalan ikatan cinta hingga ke syurga, amiin...

Last week Mahadi n Elly have alhamdulillah, become the parents of beautiful Bushra..the baby girl is so cute seeing the photos that Mahadi posted on facebook...may Allah guide them to become the exemplary parents and may Bushra be a solehah muslimah amiin...

My my, syukur to Allah for the kun fayakun..
On a separate note, K Nur and I had learned something yesterday: the power of kun fayakun..see, if Allah intends for a thing to happen, it will happen, whether good or bad, all is from Him. Isn't it stated in the Qur'an 36:82 Verily, when he intends a thing, His Command is "Be", and it is.

Isn't it?

:)

Wednesday, 23 March 2011

Niece


My niece Feeqa @Siti Rafeeqa Rosli has alhamdulillah scored 9As in her SPM result today. A blessed result of 9As insya-Allah. The good news of the day and I am smiling all day. A proof that every effort counts and every prayer is heard indeed.May Allah ease her path and bless her with success in this world and the Next, amiin.
Girly in person, but undoubtedly ambitious,hardworking and resilient.N the future Malaysian Governor of Bank Negara insya-Allah:)
Allahu akbar!

;D
Love from
Mak Long

Wednesday, 16 March 2011

The reality strikes

Salam,

It was narrated from the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) that women will form the majority of the people of Hell. It was narrated from ‘Imraan ibn Husayn that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “I looked into Paradise and I saw that the majority of its people were the poor. And I looked into Hell and I saw that the majority of its people are women.”

(Narrated by al-Bukhaari, 3241; Muslim, 2737)

The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) was asked about it and he explained the reason.

It was narrated that ‘Abd-Allaah ibn ‘Abbaas said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “I was shown Hell and I have never seen anything more terrifying than it. And I saw that the majority of its people are women.” They said, “Why, O Messenger of Allaah?” He said, “Because of their ingratitude (kufr).” It was said, “Are they ungrateful to Allaah?” He said, “They are ungrateful to their companions (husbands) and ungrateful for good treatment. If you are kind to one of them for a lifetime then she sees one (undesirable) thing in you, she will say, ‘I have never had anything good from you.’” (Narrated by al-Bukhaari, 1052)

Naudzubillahi min dzalik..what a reminder. The issues on women entail more discussion and insya-Allah this week my entries would revolve around the common theme 'Women'. Ma'assalaamah for now.

Tuesday, 15 March 2011

quick tips

From my favourite al-Qarni's:
Citing a psychological view, living a happy life is a fine art entailing 10 things:

1. Do something you love, whether work or hobby

2. Be physically healthy as it is the spirit of happiness-eati, drink , exercise regularly and avoid bad habits!

3. have a goal in life as goal gives you motivation and energy

4. Take life as it comes, and accept the bitter and the sweet

5. Live in the present, with no regrets of the past and no anxiety for tomorrow that has not come yet

6. Think hard of any action or decision and do not blame anyone else for your decision or its consequences

7.Be grateful

8.Make smile a habit, be cheerful, be in company with the optimistic people

9.Strive to make others happy and you will be happy

10.Make the most of occassions of happiness and joy, and regard them as necessary to renew your own happiness.

Reminder:
Allah burdens not a soul except [with that within] its capacity... (2: 286)

Monday, 14 March 2011

How did Prophet Muhammad look like?

Salam,

His Physical Appearance
Among the attractive points written by Imam Ibn Kathir in his book of 'Prophet Muhammad's Biography' was the compilation of narrations of the physical appearance of our beloved Prophet Muhammad s.a.w.:

Sheikh Abu Zakariyya An-Nawawi summed up in his Tadhhib that the Prophet Muhammad s.a.w was neither tall nor short; neither white nor dark; and his hair was neither curl nor long and flowing. He died with not even twenty white hairs on his head.

He had a good-looking body, a thick beard, a big head, a round face, black eyes and long eyelashes. His shoulders and arms were hairy, and so was the upper chest.

He had a seal of prophethood between his shoulders. He walked strongly and firmly and the ground would seem as if being folded for him. He sometimes lower the hair of his head then he would part it at some other time. He used to comb it along with his beard. The precious and dearest of clothes to him were his shirts, and the white ones.

It has also been narrated by Al-Bukhari on the authority of Anas Ibn Malik (may Allah be pleased with him) that he said:
I have never touched silk or dibaj [thick silk] sfter than the palm of the Prophet nor have I smelt a perfume nicer than the sweat of the Prophet.

I served the Messenger of Allah for ten years, and, by Allah, he never said to me any harsh word, and he never said to me about a thing as to why I had done that and as to why I had not done that.



His Pure Character

Allah has indeed described the Prophet as an exalted standard of character (Al-Qalam: 4).It is also narrated by al-Bukhari and Muslim that Aishah (may Allah be pleased with her) that the Prophet's character was that he was totally keen to act only according to the instructions of the Qur'an, by complying exactly with its ordinances and forbiddances. This point is also emphasized in the Qur'an (al-Isra':9).

-His morals reflected the greatest and most honourable character
-He was the bravest of people when a war grew fierce
-He was the most knowledgeable among people, the most eloquent and the best advisor
-He was the humblest of people, yet with GRAVITY and DIGNITY; it was stated by Ibnu Kathir that when Prophet entered Makkah on the Day of Conquest he kept lowering his head out of humbleness to the extent that his beard nearly touched the forepart of his saddle.
-He was shyer than a virgin in her separate room (as described by Abu Sa'id al-Khudri in Sahih al-Bukhari) yet firm in exercising Allah's ordinances.


Allah praised the Prophet and his Sahabah

Muhammad is the Messenger of Allah, and those who are with him are severe
against disbelievers, and merciful among themselves
(al-Fath:29)


Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.
Lucky sahabah and the solihins who got to meet with him, face to face!
But remember, to this day we have his Sunnah, and that indeed, is one of the two powerful mukjizats after the Furqan they both last till the day of Qiyamah.

May Allah lead us to Jannah. Amiin.

Sunday, 13 March 2011

My Phd mates

For those who strive for perfection, A'id al-Qarni once wrote in his book :

"Do not feel sad or miserable because of some work that you could not complete, rather you should understand that the work of great people is never done"

Let's anyway, do our best, all that we ever could!
:)

Kuncinya ialah...

The key to glory: obedience to Allah and His Messengers

The key to provision: striving hard whilst praying for forgiveness and fearing Allah, the Exalted

The key to Paradise: Tawhid (Monotheism)

The key to faith: pondering signs and creation of Allah

The key to righteousness: sincerity

The key to a spiritual life: studying the Qur’an, beseeching Allah in the hours of dawn and giving up sin

The key to knowledge: asking the right questions and listening attentively

The key to victory: patience

The key to success: fearing Allah (piety/taqwa)

The key to getting more: Gratitude

The key to longing in the Hereafter: disinterest in the worldly gains

The key to a response: Du’a(Supplication)

*Sumber: petikan dari al-Qarni Bab 13
Moga Allah memberkatimu senantiasa.

Saturday, 12 March 2011

Water, wine, milk and honey!

Salam..
My title above specifically refers to the Anhaarul Jannah and not exactly discussion on the properties of the liquids...hehehe.
Today I read a very interesting section of the description of Paradise written by As-Salafi and here are the findings:

Allah has described the drinks in Paradise in a way that indicate their abundance and continuous flow, as such they are called 'rivers'.
There are many verses that mentioned the rivers of Paradise but none explain them, except one verse below:
Muhammad 47:15
The desciption of Paradise which the pious have been promised (is that) in it are rivers of water the taste and smell of which are not changed, rivers of milk of which the taste never changes, rivers of wine delicious to those who drink, and rivers of clarified honey (clear and pure) therein for them is every kind of fruit, and forgiveness from their Lord. (Are these) like those who shall dwell forever in the Fire and be given to drink boiling water so that it cuts up their bowels?

In one hadith recorded by Ahmad and at-Tirmidhi on the authority of Haakim bin Mu'awiyah from his father who said that he heard the Messenger of Allah, blessings and peace of Allah be upon him, say:
There are in Paradise, a river of water, a river of honey, a river of milk and a river of wine. And other rivers will then originate from them.

Allah has therefore mention the kinds of rivers as follow:

One : The rivers of water whose smell and taste do not change (Anhaarun min maa')
No matter how long it may be, the taste and smell will never change, as they are sweet and clear, and they neither turn muddy nor smelly.

Two: The rivers of milk never change in taste (Anhaarun min laban)
The rivers of milk will also not change in its primary state without any change in taste; as opposed to the milk in this world derived from udders. The milk in jannah will never go sour or tasteless, and forever be exceptionally delicious, white and nice!

Three: The rivers of wine (Anhaarun min khamr)
The dwellers of Paradise will enjoy drinking it, it is never soiled by human hands or legs, such as the wine in this world! It looks good, tastes great and smells nice, does not intoxicate nor does it have offensive smell. It is flawless and an absolutely pure enjoyment ( as-Saffat 37:46, 47 and al-Waqi'ah 56:19)

Four: The rivers of purified honey (Anhaarun min 'asal)
The honey is free of all particles and all other defects and it is not a product of honeybee that has wax and residues where the honey needs to be purified, rather it is created from the beginning, flowing like water, unblemished, extremely pure, beautiful color, excellent taste and pleasant smell.

The four rivers make us realize that Allah has cited the types of drinks known and usually enjoyed in this world as examples for the drinks of Paradise. However, nothing of the imperfections and peculiarity of the drinks in this world are found in the drinks of Paradise. The water in this world is that it changes after a long time, milk would go sour, wine would bring evil and calamities upon the drinkers and honey has many particles and residues.

Question arise, why the rivers of Paradise are of these four different kinds?
They are the most precious things one can atttain at their disposal! In this world having these drinks are seen as wealth and influential. If water is for drinking and cleaning, milk is for food and nourishment, wine as imaginary enjoyment and honey as cure and other benefits, the only reason for the difference in the kinds of drinks in Paradise is increase in delight and pure enjoyment. The people of Paradise do not take these drinks for survival or for healing or for any benefits. Their life is eternal in which there is neither disease nor fatigue or hunger or thirst. In short, life is of endless bliss and delight in the Jannah!

The verse 47:15 is such a noble verse that it gives is a great physical illustration on the Day of Resurrection. The righteous will enjoy the rivers and everything in the jannah whereas the unrighteous will be in hell-fire drinking hot water that will break their bowels and this is a stark contrast between the enjoyment and punishment of the dwellers of paradise and hell..

As-Salafi ended this section with a du'a: May Allah protect us from the unbearable torments of fire..He indeed is the All-Hearer, Answerer to supplications and He has power over all things.

Friday, 11 March 2011

The Siraat

I find the description below interesting;

Al-Bukhari and Muslim recorded on the authority of Abu Hurayrah, may Allah be pleased with him, that the Messenger of Allah (pbuh) said:
The first batch of people who will enter Paradise will be (glittering) like a full moon; and those who will enter next will be (glittering) like the brightest star

Allah's statement 'hattaa idzaa Jaa uu haa' meaning 'Till when they reach it' is in reference to the gates of Paradise after passing the Siraat where they will be stopped and mutual retaliation will be established among them regarding wrongs they have committed against one another in the world.

The Siraat

What is it?
The Siraat is a bridge that will be laid across Hell-fire; it is frightening and scaring passageway. People will pass across it on their way to Paradise; some will pass across as quickly as a twinkle of an eye; some as a lightning; some as a wind; some as a bird; some as fast horses; some will pass across it walking fast and some will be dragged across it. The Siraat is passed according to our deeds until he will pass it. There are those whose light will be as little as the size of the thumb of his feet, and others who will be seized and cast into Fire. Whoever passes the Siraat successfully will enter Paradise.

On the authority of Abu Sa 'eed al-Khudri, may Allah be pleased with him, that the Prophet, blessings and peace be upon him, said:
The believers, after being saved from the (Hell) Fire, will be stopped at a bridge between Paradise and Hell and mutual retaliation will be established among them regarding wrongs they have committed in the world against one another. After they are cleansed and purified (through the retaliation), they will be admitted into Paradise; and by Him in Whose Hand Muhammad's soul is, everyone of them will know his dwelling in Paradise better than he knew his dwelling in this world.

After mutual retaliation have been established among the believers regarding wrongs they have committed in the world against one another and they have been purified and cleansed, they will hold consultation among themselves regarding who will seek permission on their behalf to enter Paradise. They will go to Adam (pbuh), then Musa, then Isa and then to Muhammad pbuh, who will intercede on behalf of all the believers to be allowed to enter into Paradise.

Who will be the first to enter the Paradise?
On the authority of Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, Malik recorded that the Messenger of Allah pbuh said:
I will be the first intercessor in the Paradise

In another version of Muslim , also on the authority of Anas
I will come to the gate of Paradise on the Day of Resurrection and would seek its opening. The keeper would say, "Who are you?" I would say, "Muhammad". He would then say, " It is for you that I have been ordered, and not to open it for anyone before you"

May we all be included to follow the group of Mukminin who enjoin with Prophet Muhammad in this journey to Paradise. Insya-Allah..

Monday, 7 March 2011

my chance

Salam

As my lappy is broken, tonight I will take the humblest opportunity to rest and relax and read some articles that I have printed on papers from the office(yup let's quit electronic version tonight). I will be enjoying some scrumptious dinner prepared by Mr and Mrs Keenan as well as Miss Brackenbury and that means no cooking tonight. It is also my opportunity to just have a relaxing shower hour and let the hair down.Laundry is another task alhamdulillah done by Mr Washing Machine. This will also be done tonight..

But more importantly, I hope to have a dialogue with Allah, I will try to please Him My Lord, and I only hope for His Barakah for each and every one of us-for life in this world, and in the Next amiin..I have been doing this but my dialogue with Him has been too short,too brief, too hasty...may Allah forgive me and may I get more chance to better improve my speaking with Him as His weakest slave, amiin..

What a blessing to have a broken laptop. Maybe it is time to separate work and bedroom, although this is perfectly workable in the land of Miss Brackenbury.It's time to equally concentrate on both. Still, I yearn for that new laptop to take its place on my desk soon.

You take care.

Without a lappy and leaving office already,
Me

Monday, 7 February 2011

10 tips cuci hati

Salam,

Tips ringkas

1. Muhasabatun Nafsi
Penyakit hati harus dikenalpasti sesegera mungkin.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr 59 : 18)

Maka elok seblum tidur terutamanya, kita muhasabah diri tentang perilaku seharian kita. Yang keruh/tidak menepati syariat dibuang, yang elok diambil dan diamal selalu.

2. Taubat
Setelah muhasabatun nafsi langkah seterusnya ialah bertaubat atas kesalahan2 yg pernah dilakukan.
"Hai orang-orang yang beriman, Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkah kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,.." (At-Tahrim 66:8)

Solat sunat tahajud, taubat, hajat, tasbih, malah dhuha bertindak sebagai agen pencuci hati dan insya-Allah, penghapus dosa kiranya ia dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk..

3. Tadabbur Al-Qur'an
Ertinya menelaah isi Al-Qur'an, lalu menghayati dan mengamalkannya, kerana hati itu bagaikan tanaman yang harus dirawat dan dipupuk. Pemupukan hati adalah menerusi tadabbur Qur'an. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak mau mentadabburi Qur'an sebagai orang yang tertutup hatinya. Dalam kata lain, jika inginkan hati yang terbuka dan bersinar, maka tadabburi lah Qur'an.
"Mengapa mereka tidak tadabbur (memperhatikan) Al-Qur'an, ataukah hati mereka terkunci atau tertutup." (Muhammad 47 : 24)

4. Istiqamah amal soleh
Amal soleh bermaksud setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhoi Allah swt. Hati yang bening dimiliki dengan cara menjaga konsistensi amal soleh meskipun amalan2 kecil.Walau sesibuk manapun jadual harian, amalan tersebut perlu diamal secara istiqamah.
Sabda Rasulullah saw
".Beramallah semaksimal yang kamu mampu, kerana Allah tidak akan bosan sebelum kamu bosan, dan sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah adalah amal yang kontinyu (terus-menerus) walaupun sedikit." (H.R. Bukhari)

5. Isi waktu dengan zikir
Zikir bermaksud ingat atau mengingat. Dzikrullah bermaksud selalu mengingat Allah. Dua bentuk zikir adalah zikir lisan,iaitu ingat kepada Allah dengan melafadzkan ucapan-ucapan zikir seperti Subhannallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Laa Ilaaha illallah, dll. Kedua, Zikir Amali,iaitu ingat kepada Allah dalam bentuk penerapan ajaran-ajaran Allah swt. dalam kehidupan. Misalnya, jujur dalam business, pelajaran, tekun saat bekerja, dll. Hati akan bening kalau hidup selalu diisi dengan zikir lisan dan amali.
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (Q.S.Al-Ahzab 33 : 41-42)
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Al-Baqarah 2 :152)

6. Bergaul dengan Orang-Orang Saleh
Pergaulan seharian tentu mempengaruhi perilaku seseorang. Oleh itu kebeningan hati amat rapat perkaitannya dengan siapakah yang menjadi sahabat-sahabat kita. Kalau kita bersahabat dengan orang yang jujur, amanah, taat pada perintah Allah, tekun bekerja, semangat dalam belajar, dll., insyalh akan tergolong dalam atmosphere(suasana)kebaikan. Sebaliknya, kalau kita bergaul dengan orang pendendam, pembohong, pengkhianat, lalai akan ajaran-ajaran Allah, dll., dikhuatiri kita terseret dalam arus kemaksiatan tersebut. Oleh itu, Allah swt.. mengingatkan agar kita bergaul dengan orang-orang soleh seperti dikemukakan dalam ayat berikut.
"Dan bersabarlah dirimu bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, mereka mengharapkan keredhoan-Nya, dan janganlah kamu palingkan kedua matamu dari mereka karena menghendaki perhiasan hidup dunia. Dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya; dan adalah keadaan itu melewati batas." (Al-Kahfi 18 : 28)

7. Berkongsi Kasih dengan Fakir, Miskin, dan Yatim
Perkongsian ini adalah cara yang sangat efektif untuk meraih kebeningan hati, sebab dengan bergaul bersama mereka kita akan merasakan penderitaan orang lain. Rasulullah saw. bersabda
Abu Hurairah r.a.: bahwa seseorang melaporkan kepada Rasulullah saw. tentang kegersangan hati yang dialaminya. Beliau saw. menegaskan, "Bila engkau mau melunakkan (menghidupkan) hatimu, beri makanlah orang-orang miskin dan sayangi anak-anak yatim." (H.R. Ahmad)

8. Mengingat mati
Umur adalah 'modal' kepada ibadah dan merupakan bahan bakar untuk mengharungi kehidupan. Kebeningan hati berkait erat dengan kesedaran bahawa suatu saat nanti bahan bakar kehidupan kita akan manipis dan akhirnya tamat. Kesedaran ini akan menjadi pemacu untuk selalu membersihkan hati dari awan kemaksiatan yang menghalangi cahaya hati. Rasulullah saw. menganjurkan agar sering berziarah supaya hati kita lembut dan bening.
"Anas r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Dulu, aku pernah melarang kalian berziarah ke kuburan. Namun sekarang, berziarahlah, kerana ia dapat melembutkan hati, mencucurkan air mata, dan mengingatkan akan hari akhirat." (H.R.Hakim)


9. Menghadiri majlis ilmu
Hati itu bagaikan tanaman, ia harus dirawat dan dipupuk. Ilmu mampu memupuk hati, maka majlis ilmu membentuk media penyucian hati. Rasulullah saw. menyebutkan bahwa Allah swt. akan menurunkan rahmat, ketenangan dan barakah pada orang-orang yang menghadiri majlis ilmu dengan ikhlas.
"Tidak ada kaum yang duduk untuk mengingat Allah, kecuali malakikat akan menghampirinya, meliputinya dengan rahmat dan diturunkan ketenangan kepada mereka, dan Allah akan menyebutnya pada kumpulan (malaikat) yang ada di sisi-Nya." (H.R. Muslim)

10. Doa kepada Allah
Hati itu lazimnya berbolak- balik. Doa agar diberi ketetapan hati pada perkara2 yg menjadi kecintaan Allah dan minta dijauhi dari yg sebaliknya.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-hata kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).

Allah swt. Maha Berkuasa untuk membolak balikan hati seseorang. Maka doa itu penting.
Menurut Ummu salamah r.a,. do'a yang sering dibaca Rasulullah saat meminta kebeningan hati adalah: Ya Muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika (Wahai yang membolak-balikkan qalbu, tetapkanlah hatiku berpegang pada agama-Mu).
"Syahr bin Hausyab r.a. mengatakan bahwa ia pernah bertanya kepada Ummu Salamah, "Wahai ibu orang-orang yang beriman, do'a apa yang selalu diucapkan Rasulullah saw. saat berada di sampingmu?" Ia menjawab: "Do'a yang banyak diucapkannya ialah, 'Ya Muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika (Wahai yang membolak-balikkan qalbu, tetapkanlah qalbuku pada agama-Mu)." " Ummu Salamah melanjutkan, "Aku pernah bertanya juga, "Wahai Rasulullah, alangkah seringnya engkau membaca do'a: "Ya Muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika." Beliau menjawab: "Wahai Ummu Salamah, tidak ada seorang manusia pun kecuali qalbunya berada antara dua jari Tuhan Yang Maha Rahman. Maka siapa saja yang Dia kehendaki, Dia luruskan, dan siapa yang Dia kehendaki, Dia biarkan dalam kesesatan." (H.R.Ahmad dan Tirmidzi. Menurutnya hadith ini hadith hasan)


Selain do'a di atas, Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah saw., ia pernah mendengar beliau mengucapkan do'a berikut,
"Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya." (H.R.Muslim)

"Hati itu panglima segenap tubuh badan".

Maka mari kita renung2 dan amalkan 10 tips di atas.

(Artikel asal: http://www.mail-archive.com/fupm-ejip@usahamulia.net/msg00648.html)

Mohon komen dan penambahbaikan sekiranya ada. Syukran para pembaca.

Me

Sunday, 30 January 2011

adakah aku termasuk ..?

salam,

Persoalan tabarruj perlu dikaji dengan lebih teliti. Sila tinggalkan pendapat anda di bahagian komen. Sambil2 itu, marilah kita sama2 renungkan catatan di bawah:

http://www.islamicawakening.com/viewarticle.php?articleID=1357



Me

Saturday, 22 January 2011

Syukur tidak terhingga

Salam,

Semalam sahabat berkata padaku sambung-sambunglah menulis blog. Wahai rakan seperjuangan, aku kan cuba meskipun kurang kudrat memperindah blog ini dengan kata-kata hikmat dan kata-kata meluah rasa. Apapun aku terlalu bersyukur kerana dengan izinNya kau kembali ke bumi asing dan dapat kita bertemu kembali. Cukup terharu dengan setiap pertolonganmu menerusi talian YM. Terima kasih sahabat.Moga Allah mempermudah Phd mu, amiin. Dan sahabat, jika maksudmu aku cantik pada paras rupa, maka usahlah memuji,kerana akhlakku banyak cacat celanya. Jika maksudmu akhlakku cantik, sesungguhnya itu penambah alasan untuk aku menolak pujianmu; akhlakku tidak sempurna, darjat muslimah sejati masih harus dikejar dan jauh jaraknya dengan diriku yang serba kekurangan. Doakan aku menjadi insan yang lebih baik dari hari, ke hari.

Adik menitip anugerah kala aku membantunya menjawab kemusykilan islami. Adikku, kakak cuma mengharap balasan Ilahi. Jazakillah atas anugerah pada entri mu yang lalu, jangan lupa menitip kata untuk kakak dalam doamu. Kakak juga mendoakan yang sama buatmu. Kakak mengerti perasaan menjadi wanita berhijab di bumi asing yang penuh ranjau berduri, dugaan dan godaan. Bersabarlah, sesungguhnya Allah pasti membuka jalan bagi mereka yang celik hati sepertimu.Insya-Allah.

Anak didik yang celik hatinya mampu menasihatku dengan doa dan kata2 hikmat. Syukran di atas peringatan hikmat ayat seribu dinar, dan bacaan kata-kata Hasan al-Basri itu juga menyumbang ketenangan dalam sanubari.Sesungguhnya aku berbangga dan bersyukur dikurnia Allah akan anak didik sepertimu. Moga Allah mengurnia ketetapan hati dan keikhlasan kala aku menabur ilmu di bumi hujan batu itu suatu hari nanti. Doakan perjuanganku kala ini. Dan sebagai pendidik, doaku sentiasa utuh buat setiap anak bangsa.

Kakak, terima kasih, jadi kejutan pabila dirimu mengimbas keenakan masakanku dua tahun lalu di pertemuan kita semalam! Nikmat makanan membentuk penyebab kita bertemu, namun ia tidak bisa menanding harga sebuah ukhuwwah fillah yang kita miliki. Aku berdoa akan kesihatanmu senantiasa. Moga Allah mempermudah Phd mu yang bakal disempurna itu. Aku bersyukur pada Allah kerana kau butuh menongkah arus dugaan dalam apa jua keadaan. Kau sumber inspirasiku di sini dan di mana jua diriku berada kelak, insyaAllah.

Syukran ya rabbi atas kasih sayang ini, meski aku perantau durja.


Me