Salam,
Moga kamu sihat di sana.:)
Petikan di bawah diperoleh dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Quran Khasiat & Khaifiat Beramal oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
Syukran Hadijah Jaffri atas pemberian istimewa ini satu ketika dahulu. Barakallahu fiik..
Doa dalam kita berlindung dari segala kejahatan adalah dipetik dari Surah al-kahfi ayat 106-110.
Maksudnya: "(Mereka yang bersifat) Demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ingin berpindah darinya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan. Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
Keterangan Ayat
Ayat2 terakhir surah kahfi ini menekankan isu permasalah keimanan.Lawan kepada akidah yang jelas ialah syirik. Nabi Muhammad pernah mengingatkan para Sahabat agar berjaga-jaga daripada melakukan perbuatan syirik kepada Allah kerana syirik itu lebih halus daripada tapak kaki semut. Mereka yang melakukan amalan kerana INGINKAN SANJUNGAN telah dikira syirik kepada Allah. (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 110, surah jahfi)
Naudzubillah!
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Dalam sebuah hadith riwayat ibn al-Dharis dalam Fadhail al-Quran daripada Ismial bin Abi Rafi' berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Surah yang keagungannya memenuhi langit dan bumi yang diiringi tujuh puluh ribu malaikat merupakan surah al-kahfi. Sesiapa yang membacanya hari Jumaat nescaya diberi keampunan buatnya hingga ke Jumaat yang akan datang dan ditambah tiga hari. Dia akan memperolehi cahaya hingga ke langit luasnya dan terpelihara daripada gangguan Dajjal. Sesiapa yang membaca lima ayat terakhir surah ini ketika hendak tidur, maka akan dibangkitkan Allah pada bila-bila masa yang dikehendakinya(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 110-116 surah kahfi).
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Rahawaih, al-Bazzar, Ibn Mardawaih dan al-Hakim yg dianggap sahih olehnya, daripada Umar r.a. beliau berkata Nabi s.a.w bersabda yyang bermaksud: "Sesiapa yang membaca ayat terakhir surah ini, maka Allah s.w.t akan menjadkan baginya Nur yang menerangi untuknya dari Adnin ke Makkah." (al-Durur Manthur, tafsir ayat 110-116, surah al-kahfi).
Moga Allah memberi istiqamah amalan berdoa kepadaku, kepada pemberi buku ini, kepada penulis buku ini dan setiap pembaca entri blog ku di kala ini.Amin
1 comment:
Salam dear amalina,
Dalam hadis sahih ada di sebutkan bahawa sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah al kahfi [dalam hadith lain 10 ayat terakhir surah al kahfi] adalah pendinding dari fitnah dajjal - mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang dipelihara oleh Allah dari fitnah dajjal ini.
thanks for sharing :-)
Post a Comment