Sunday 13 September 2009

:)

Salam wrt,

Murah rezeki Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.

Sempat berpuasa dua hari bersama Arni Nursyeffa, salah seorg rakan serumah #60 pada dua hari pertama ramadhan. Hari puasa ketiga Arni pulang ke Brunei…

23 Ogos :Majlis tema hitam-putih

Sempena meraikan kepulangan Arni ke Brunei kami telah mengadakan majlis farewell hitam-putih…chef Rosmin tampil dgn masakan laksa Penangnya,, majlis dihadiri oleh K Zila, Lutfi, Shifa, Zariman dan tentunya diri ini dan Arni. Seronok benar malam tu…tak sangka Arni akan pulang for good sebenarnya..sedih hatiku, rakan serumah yg baik hati, suka menolong sesiapa sahaja dan sememangnya amat ringan tulang ini akan meninggalkan aku..tambahan pula dijah yg baru kehilangan ayahanda, k nur yg pulang ke Msia utk pengumpulan data ujikaji dan Kam pulang ke Brunei dan harus ke Egypt untuk projek excavationnya menyebabkn aku hilang arah di peringkat awal. Duduk sorang2.

24 Ogos: Rumah Na

Tetapi aku masih bertuah. Hari pertama Arni tiada aku tidak keseorangan, malah berempat orang. 4 hari berturut-turut di rumah Na, Harith dan Amni seperti yg diceritakan dlm entri #27 Wylam Street.


27 Ogos: Masih di rumah Na, berbuka di Rumah Kak Ros


Hari ini sangat istimewa kerana kedatangan keluarga baru iaitu Encik Amiruddin sekeluarga ke rumahku dan kami iftar di rumah penghulu..

28 Ogos: Bersendirian

Tetapi masih tidak perlu memasak kerana Na telah membekalkan nasi ayam pada hariku pulang. Abu Harith telah pulang dari Amsterdam hari ini.

29 Ogos: Iftar di Keenan House

30 Ogos: Iftar di Howlands Farm

31 Ogos: Rumah Ustazah Hamidah


Seronok dapat makan roti arab dan nasi lauk ketam masak lemak. Berpeluang bermesra dgn semua ahli keluarga ustazah. Ustazah kata lusa datang lagi buka bersama2. Dapat bersolat jemaah bersama keluarga ustazah.


1 Sep: Rumah K Zarina


Nasi bersama sayur pecal dan kari ayam terhidang bersama agar2. Tidak lama kemudian disurprisekan dengan kek hari lahir (white chocolate cake). Terima kasih k zarina, terharu benar diriku ini. K Zarina kata kalau tiada jemputan jemput2lah ke rumah dia hari apa2pun.


2 Sep: Rumah Ustazah lagi..


Ya, tapi Nusaibah dan Sumayyah berbuka di masjid, ustaz ustazah, mak tok, rufayda dan si kecil mujaddid ada di rumah. sup tulang dan roti arab yg menyelerakan. Ustazah kata kalau tiada jemputan jemput2lah ke rumah dia hari apa2pun.


3 Sep: Rumah K Hanira


Disambut mesra oleh Aisyah anak K Hanira, Aminee br bgun tidur dan agak grumpy tapi lepas tu mood baik. Menu nasi putih bersama tomyam dan ikan seabass kukus, ayam paprik pedas sup cendawan, roti paratha, sambal dan pengat pisang. Inilah yg dikatakan iftar+ssupper+sahur, rezekiku amat murah. Syukur alhamdulillah..Hari ini Shifa telah selamat bersalin baby girl. Alhamdulillah.

4 Sep: Iftar di rumah K Aisyah selepas tamat kuliah hadith.

Konsep potluck. Hari ini K Nazimah telah selamat bersalin baby girl. Alhamdulillah.

5 Sep: Hari Lahirku, Rumah Na

Ya Allah sesungguhnya aku amat bersyukur kerana pada hari kelahiran aku berpeluang ke masjid bersolat tarawih. Tumpang kereta Amir dan Na ke masjid. Iftar di rumah mereka..kuih idamanku akok terhidang, diikuti solat magrib dan bersambung makan nasi dgn tomyam campur, ikan tiga rasa dan sup daging..kemudian baru ke masjid Old Elvet. Tiada jemaah wanita lain selain aku, Na dan seorg lagi warga bukan Malaysia..

6 Sep: Hari Lahir Lutfi

baru ku tahu sebulan yg lalu, Arni yg beritahu yg birthday Lutfi sehri selepas birthday aku..wah thanks Arni…sebelum buka puasa naik X1 g rumah K Zila. Di situ, kami ada buat sambutan kecil2an utk Lutfi. Aku hanya sempat memasak samosa ayam, roti goreng dan buat apple shake dari rumah. Rosmin pula hampi siap memasak nasi arab smbil dibantu oleh Mahadi best fren Lutfi..trm kasih Rosmin…dan ada juga tangy lemon cake yg dibuat di Tesco..ahaks..ok le tu.masing2 busy…apa yg sempat jelah. Tapi best la candle-light talk tu..ehehhe. berbual soal kehidupan, ttg hidup seorg pengkaji dan jodoh. BEST.

7 Sep Rumah K Ayu


Chef Ayu telah remind 2 kali supaya datang ke rumahnya. Malam tu aku dan Ustaz Yunus yg tinggal di Wylam Street dijemput berbuka puasa bersama Abg fendi dan k ayu sekeluarga..kueh teow, nasi dan lauk ayam pedas, gulai kuning dan Japanese currypuff dihidangkan. Ada berbual bersama Ustaz Yunus yg turut mengenali rakan2 sefakultiku di USIM..hmm network, network..ustaz juga cerita ttg familynya yg akan tiba di Durham selepas Aidilfitri nnt. Insyalh ku doakn semuanya selamat dan dipermudahkan urusan, amin..

first half of ramadhan?
BEST

:)
A.A.T

Friday 4 September 2009

Strawberry version

Strawberry version



Simply refer to my apple milk shake recipe and replace the four apples with 300 grams of yummy strawberries..this makes up a litre (1L) of strawberry milk shake..there you go..

=)
A.A.T

Anda

Friends
by Veronica Ann Cech

Friendship . . .

. . . is you.
. . . is love.
. . . is shared.
. . . is forgiving.
. . . is understanding.
. . . is shared secrets.
. . . heals many hurts.
. . . is not judgmental.
. . . is shared laughter.
. . . is slow and steady.
. . . can be angry at times.
. . . is dependable and true.
. . . is more precious than silver or gold.
. . . is not perfect, much like we are not perfect.
. . . does not hold grudges or demand perfection.
. . . makes all the wrong things in life, right somehow.
. . . is meant to be gulped like lemonade on a hot summer day.
. . . is always there, through times of trial, happy times and hard times.
. . . just happens, but once discovered, needs to be tended like a beautiful garden.
. . . is a road to be traveled slowly, remembering the sights and sounds.
. . . is strength when you are too weak to notice its there.
. . . is a cherished moment of mutual understanding.
. . . reaches into your heart and grabs a firm hold.
. . . is a refreshing rain on a hot day.
. . . is sunshine through the clouds.
. . . cannot be forced or induced.
. . . is relaxed and comfortable.
. . . is a shoulder to lean on.
. . . is an ear to whine to.
. . . gets better with age.
. . . is shared tears.
. . . is shared pain.
. . . is shared joy.
. . . is shared.
. . . is love.
. . . is you.

Thursday 3 September 2009

Roti Sardin Goreng



Salam,
Makan sahur tak?

Tentunya kurang berselera bersahur bila terlalu mengantuk, lbih2 lg bila waktu siangnya terbahagi oleh research tasks, ibadah2 ramadhan dan terlebih kekenyangan tika berbuka..jadi mood sahur kurang sedangkan amalan bersahur penting dan berpahala wpon dgn kurma dan air lbih2 lg bg yg bergaya hidup aktif..

Untuk yg bercita rasa simple tapi pedas seperti saya resipi di bawah boleh dicuba..

Sahur yang simple tapi menyelerakan:

Roti Sardin Goreng (trymasak.com)

Bahan-bahan:
1 tin 120g ikan sardin
2 sudu besar butter lurpak
Setengah labu bwg besar purple
1 biji cili merah (dihiris)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato (utk brand Tesco Sardine with tomato sauce, sardinenya dah bersos tomato jadi tak perlu ini)
1 biji telur (dipukul)
2 keping roti putih (potong dadu)

Cara2:
1) masukkan 2 sudu butter lurpak ke dalam kuali yg panas
2) hiris halus2 setengah labu bwg besar purple dan tumiskan sehingga naik bau
3) hancurkan 120g ikan sardine dan masukkan ke dlm kuali, gaul bersama bawang
4) tambah 2 sudu sos cili dan gaul sehingga larut
5) masukkan hirisan cili merah
6) masukkan sebiji telur yg telah dipukul dan kacau
7) masukkan 2 keping roti yg telah didadu/dipotong kecil2, goreng dan gaul rata semua bahan selama 1 minit

Sedia untuk dimakan…lebih kurang sardin sandwich je tapi sebab dia hancur tempoh makan dpt dipendekkan, makan spt makan bijirin/cereal cuma lebih mengenyangkan.
*lebih cantik kalau roti dipotong halus, tapi saya peminat roti so kasar2 sket pun ok..

Selamat mencuba!

=)
A.A.T

Tuesday 1 September 2009

Menghitung hari?

Buah tangan masih dicari, ada yg dah beli ada yg belum..namun seperkara yg jelas ialah saya tidak lagi menghitung hari seperti biasa..
Tidak lagi. Tidak perlu dihitung kerana kebelakangan ini masa terlalu cepat berlalu. Dalam masa 2 minggu lagi saya akan melalui penerbangan airasia…moga lancar dan selamat semuanya. Insya-Allah dapat bersalam cium tangan suami dan bersolat jemaah bersamanya. Nak jadi isteri semula,dah 5 bulan membujang.

Penulis Periksa Lagi

Kalau dulu untuk AV, kali ni saya menulis kertas periksa untuk CD, pelajar yg slanga Irishnya amat dahsyat-sukar benar difahami. Sekali lagi jabatan memberi assignment yg sama baru-baru ini.
Walaupun tangan menulis laju tapi telinga dipasang betul2 kalau tak maka tak ter catch lah perkataan yg disebut oleh pelajar CD ini. Contoh dia sebut supremacy soo-preh-macy sedgkn kita sudah terbiasa dgn sebutan soo-pree-macy. Tu contoh yg senang and masih boleh diinterpret oleh brainku yg tidak berapa gemarkan irish slang ini./bygkan byk lg perkataan yg harus sy minta dia ulangi supaya tidak salah (karang jwapan dia juga yg slah, naya..saya juga yg salah kerana tidak bertanya/meminta penjelasan).ya moga keputusannya baik, dan moga tangan kanannya beransur pulih (tangan kanan patah kerana accident tersadung batu sewaktu membawa anjing kesayangannya bersiar-siar)….macam2 ragam dunia…

Selamat Datang Keluarga Baru

Assalamu'alaikum wrt

Entri kali ini bertujuan mengalu-alukan kehadiran keluarga baru di Bowburn, (kampungku tercinta)iaitu:

En Amiruddin Muhammed
Puan Azizah
Amin Saifullah
Ammar Safwan
Afiq Syahmi

Buat sementara waktu, keluarga en amiruddin tinggal di kediaman saya beralamat #3 Burn Street sebelum berpindah ke Steavenson Oktober nanti. Terima kasih atas pertolongan airport pickup dan grocery shopping oleh Ustaz Hilmi, Halil dan Faiz. Turut membantu ialah Kak Zarina dan Abg Naso yg selain menguruskn booking rumah, membawa en amiruddin kita membeli brg2 keperluan di spennymore dan chester-le. Terima kasih juga pada Abg Najib dan Abg Zulkhairi serta Amir Ngah atas bantuan pelbagai bentuk yg diberikan. Kepada Kak Mariam/Brother Zack terima kasih atas kiriman hidangan buka puasa tempoh hari. Kepada Kak Rosaniza trm kasih jua atas jemputan welcome party merangkap iftar minggu lalu.

Bagi sesiapa yg ingin membantu/bersuai-kenal dgn en amiruddin sekeluarga di bulan mulia ini boleh hubungi beliau di 07549589357.

Welcome to Bowburn and Welcome to Durham University,


AAT (yg buat masa ini beralamat di 60 Steavenson)