Salam,
Bagi kita insan lemah yang dan bergantung sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wata'ala, sentiasalah menyebut:
Rabbana la tuzig qulubana ba'da idz hadaitana wahablana milladunka rohmah. Innaka antalwahhaab.
Maksudnya: ("Mereka berdoa dengan berkata:) Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
(Surah ali-Imran ayat 8).
Keterangan Ayat
Bagi mereka yang berilmu dan beramal dengan ilmunya, seringlah berdoa: Ya Allah, jadikanlah kiranya Engkau jadikan hati kami berpaling dari hidayah yang telah Engkau berikan. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari Sisi-Mu". Bermakna, kurniakan ketetapan dalam hati kami akan iman dan hidayah itu. Sebahagian ulama pula mentafsirkannya sebagai memohon keampunan Allah (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat ke-8, surah ali-Imran).
Menurut sebuah hadis riwayat Ahmad, al-Nasa'ei, Ibn Majah dan al-Hakim yang dianggap sebagai sahih olehnya bahawa Nabi s.a.w besabda maksudnya:"Al-Mizan itu berada di tangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga ke hari kiamat. Hati manusia berada antara dua jari Allah al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakinya akan disesatkannya.
Khasiat dan Khaifiat Beramal
Disebabkan hati kita ini amat mudah berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi s.a.w (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 8 surah ali-Imran.
Doa dipetik dari buku yang sama tulisan Ustaz Haji Zahazan Mohamed seperti tertera di entri lalu.
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment