Wednesday, 10 August 2011

Juangkah?

Salam para pejuang,

Ramadhan kareem, Allahu Akram. Selamat menempuh hari2 Ramadhan yang indah. Tak harus merintih, malah perlu memperkuat jiwa dan sanubari di bulan ini. Berlapar berhaus sembilan belas jam ini suatu cabaran yang tidak mungkin dapat dilupakan. Setiap hari punya 5 jam sahaja untuk menyegar diri dan jiwa-berbuka, solat wajib, solat sunat tarawih, sahur dan mempersiap penulisan thesis yang memerlukan kerja2 penghalusan dan susunan semula struktur2 yang tersasar. Baki sembilan belas jam lagi bukan bermakna terbuang oleh perkara sia, namun harus diakui kelelahan fizikal dan mental sesekali menyusup lalu mengganggu tumpuan. Ingin menjadi pejuang sebenar, namun banyak kelemahan2 yang harus dibaiki dari hari ke hari. Perasaan rindu berjaya diketepi, namun keupayaan diri masih belum dimaksimakan. Kuatkan kami Ya Rabbi.

Me
Hari Kesepuluh Ramadhan
2.30 pagi

No comments: