Salam,
Sekalung takziah buat K Nur Fakhzan sekeluarga atas kehilangan ayahanda tercinta. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan golongan mukmin, amiin ya rabbal 'aalaamin.
Terbaca di blog k nur bahawa arwah sempat dimasukkan ke ICU pada Sabtu lalu. Namun saya ketika itu di Paris bersama keluarga dan tidak berpeluang menghubungi k nur tepat pada masanya. Mohon maaf k nur kerana tiada bersamamu di saat tertimpanya ujian getir ini. Harap k nur bersabar dan banyak2 berdoa yang terbaik buat arwah. Banyak kenangan manis ttg arwah yg sering diceritakan k nur kepada saya. Pastinya kesedihan dan kehilangan ini adalah antara dugaan hebat dalam perjuangan akademik Phd k nur. Moga Allah mempermudahkan jalan2 kehidupanmu selepas ini, wahai sahabat.
Ya Allah, berilah ganjaran syurga kepada arwah tanpa dibisab. Amiin ya rahman.
ps:teringat2 arwah memuji masakan ayam percik saya yang tidak seberapa tika melawat kami di Durham pada tahun 2009. Menurut k nur sampai di Malaysia arwah masih menyebut2 ttg lauk hidangan saya itu.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment