Salam wrt,
Murah rezeki Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.
Sempat berpuasa dua hari bersama Arni Nursyeffa, salah seorg rakan serumah #60 pada dua hari pertama ramadhan. Hari puasa ketiga Arni pulang ke Brunei…
23 Ogos :Majlis tema hitam-putih
Sempena meraikan kepulangan Arni ke Brunei kami telah mengadakan majlis farewell hitam-putih…chef Rosmin tampil dgn masakan laksa Penangnya,, majlis dihadiri oleh K Zila, Lutfi, Shifa, Zariman dan tentunya diri ini dan Arni. Seronok benar malam tu…tak sangka Arni akan pulang for good sebenarnya..sedih hatiku, rakan serumah yg baik hati, suka menolong sesiapa sahaja dan sememangnya amat ringan tulang ini akan meninggalkan aku..tambahan pula dijah yg baru kehilangan ayahanda, k nur yg pulang ke Msia utk pengumpulan data ujikaji dan Kam pulang ke Brunei dan harus ke Egypt untuk projek excavationnya menyebabkn aku hilang arah di peringkat awal. Duduk sorang2.
24 Ogos: Rumah Na
Tetapi aku masih bertuah. Hari pertama Arni tiada aku tidak keseorangan, malah berempat orang. 4 hari berturut-turut di rumah Na, Harith dan Amni seperti yg diceritakan dlm entri #27 Wylam Street.
27 Ogos: Masih di rumah Na, berbuka di Rumah Kak Ros
Hari ini sangat istimewa kerana kedatangan keluarga baru iaitu Encik Amiruddin sekeluarga ke rumahku dan kami iftar di rumah penghulu..
28 Ogos: Bersendirian
Tetapi masih tidak perlu memasak kerana Na telah membekalkan nasi ayam pada hariku pulang. Abu Harith telah pulang dari Amsterdam hari ini.
29 Ogos: Iftar di Keenan House
30 Ogos: Iftar di Howlands Farm
31 Ogos: Rumah Ustazah Hamidah
Seronok dapat makan roti arab dan nasi lauk ketam masak lemak. Berpeluang bermesra dgn semua ahli keluarga ustazah. Ustazah kata lusa datang lagi buka bersama2. Dapat bersolat jemaah bersama keluarga ustazah.
1 Sep: Rumah K Zarina
Nasi bersama sayur pecal dan kari ayam terhidang bersama agar2. Tidak lama kemudian disurprisekan dengan kek hari lahir (white chocolate cake). Terima kasih k zarina, terharu benar diriku ini. K Zarina kata kalau tiada jemputan jemput2lah ke rumah dia hari apa2pun.
2 Sep: Rumah Ustazah lagi..
Ya, tapi Nusaibah dan Sumayyah berbuka di masjid, ustaz ustazah, mak tok, rufayda dan si kecil mujaddid ada di rumah. sup tulang dan roti arab yg menyelerakan. Ustazah kata kalau tiada jemputan jemput2lah ke rumah dia hari apa2pun.
3 Sep: Rumah K Hanira
Disambut mesra oleh Aisyah anak K Hanira, Aminee br bgun tidur dan agak grumpy tapi lepas tu mood baik. Menu nasi putih bersama tomyam dan ikan seabass kukus, ayam paprik pedas sup cendawan, roti paratha, sambal dan pengat pisang. Inilah yg dikatakan iftar+ssupper+sahur, rezekiku amat murah. Syukur alhamdulillah..Hari ini Shifa telah selamat bersalin baby girl. Alhamdulillah.
4 Sep: Iftar di rumah K Aisyah selepas tamat kuliah hadith.
Konsep potluck. Hari ini K Nazimah telah selamat bersalin baby girl. Alhamdulillah.
5 Sep: Hari Lahirku, Rumah Na
Ya Allah sesungguhnya aku amat bersyukur kerana pada hari kelahiran aku berpeluang ke masjid bersolat tarawih. Tumpang kereta Amir dan Na ke masjid. Iftar di rumah mereka..kuih idamanku akok terhidang, diikuti solat magrib dan bersambung makan nasi dgn tomyam campur, ikan tiga rasa dan sup daging..kemudian baru ke masjid Old Elvet. Tiada jemaah wanita lain selain aku, Na dan seorg lagi warga bukan Malaysia..
6 Sep: Hari Lahir Lutfi
baru ku tahu sebulan yg lalu, Arni yg beritahu yg birthday Lutfi sehri selepas birthday aku..wah thanks Arni…sebelum buka puasa naik X1 g rumah K Zila. Di situ, kami ada buat sambutan kecil2an utk Lutfi. Aku hanya sempat memasak samosa ayam, roti goreng dan buat apple shake dari rumah. Rosmin pula hampi siap memasak nasi arab smbil dibantu oleh Mahadi best fren Lutfi..trm kasih Rosmin…dan ada juga tangy lemon cake yg dibuat di Tesco..ahaks..ok le tu.masing2 busy…apa yg sempat jelah. Tapi best la candle-light talk tu..ehehhe. berbual soal kehidupan, ttg hidup seorg pengkaji dan jodoh. BEST.
7 Sep Rumah K Ayu
Chef Ayu telah remind 2 kali supaya datang ke rumahnya. Malam tu aku dan Ustaz Yunus yg tinggal di Wylam Street dijemput berbuka puasa bersama Abg fendi dan k ayu sekeluarga..kueh teow, nasi dan lauk ayam pedas, gulai kuning dan Japanese currypuff dihidangkan. Ada berbual bersama Ustaz Yunus yg turut mengenali rakan2 sefakultiku di USIM..hmm network, network..ustaz juga cerita ttg familynya yg akan tiba di Durham selepas Aidilfitri nnt. Insyalh ku doakn semuanya selamat dan dipermudahkan urusan, amin..
first half of ramadhan?
BEST
:)
A.A.T
6 comments:
bila hati resah gelisah, ada sahaja teman2 yg memahami, yg menyambut hari kelahiran, dan yg paling penting yg mengingatkan kita supaya syukur pada Tuhan, itulah yg dikatakan teman SEJATI (susah nak cari)
wah, bulan puasa ko gantung periuk la yek:D
so far:)
sebok sungguh di bulan puasa dengan jemputan, murah rezeki.. lepas nie sempat pulak berbuka ngan insan tersayang hehehe!
Wahh.. alhamdulillah, although you are alone, but you are never lonely Amalina. Rezekimu sgt murah di bulan Ramadhan ni, terima kasih kpd Allah & bersyukur kerana memberikan jiran2 yang sgt pemurah & baik hati di Bowburn & Durham.
Soon you'll be back di samping insan2 tersyg at home =D
Ohh yeah, I miss you n them.. It was hard to ever say goodbye to such good friends I ever had in Durham :~o)
wow bestnyer! Memang your rezeki lah Amalina.. Alhamdulillah..
Jelesnya aku coz you get to meet little Adib! hee :P
Oh and I miss the three I's... Irfan, Iffah and Izzah!
and of course, all of you guys also!
Post a Comment