Friday, 9 October 2009

Mengimbau 14 September

Coretan separuh kedua Ramadhan

8-12 Sep
Dipendekkan cerita Ramadhan, antara 8-12 September aku berada di Lund, Sweden melawat angah. Tahun ni dah dua kali visit angah di sana memandangkan angah kurang sihat. Kali pertama di bulan Ogos, dan kali kedua pula dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah kini angah dah semakin baik dan boleh ke lab seperti biasa..semoga phd research angah berjalan lancar...insya-Allah..


12 Sep

Aku pulang semula ke UK, malam tu tiba di airport 11pm, jadi kena tidur di airport..nasib baik x penat sgat sebab Copenhagen-Stansted Cuma 1jam lebih…dah buka puasa di Copenhagen tadi, makan nasi goreng special angah dalam train..
cumanya nak ke Sweden ni tak ada direct flight ke Sweden tu yg susah...dari Newcastle mmgla confirm tak ada tu yg kena ke London..so the only option london-copenhagen, haha siap nyinggah Denmark dulu tu setiap kali nk jumpa angah..

Aku pun tido di bawah papan iklan dalam airport sehingga pagi..memang selamba..Stansted is my second home...ahaks


13 Sep

Selepas bersahur dan bersolat subuh, aku bergegas ke train station dlm airport Stansted lalu ambil train ke Durham, tapi perlu transit di Peterborough terlebih dahulu. Malangnya terdapat disruption di beberapa stesen keretapi menyebabkan delay dan aku perlu bertukar2 2 lg train hanya semata2 nk ke Peterborough tu..patutnya 1 dah jadi 2 tren..
Tiba di durham 9am, k zarina dan abg naso ambil di train station. Lega.
Pada malamnya aku berbuka puasa di rumah sendiri. Jemputan iftar terakhir di Durham rupanya bertempat di rumah sendiri..trm kasih abg amir dan kak azizah krna menjaga rumahku dgn begitu baik sekali..rumah jadi makin berseri dengan kehadiran along, angah dan syahmi dgn telatahnya yg unik..eheheh..kakak rindu korang semua, dah masuk rumah baru ni jgan lupa visit2 la kakak selalu..dorg mmg panggil kakak kalau budak2 lain semua panggil aunty..

Kini abg amir sekeluarga dahpun berpindah ke rumah mereka di Steavenson St. Selamat menjalani penghidupan baru di sana dan semoga dah dapat adjust dgn rumah baru tu…


The Busy September 14


Percaya tak baru semalam dari Stansted hari ini ke Stansted lagi?
Airasia pun suka Stansted, sebab tu departure nya dari situ shj..heheh...apapun bersyukur lah ada juga airline direct ke Msia yg murah betul x...percaya atau tidak harga tiket ku cumalah GBP 265.60.

9am : aku bangkit lambat, selepas subuh terasa begitu lemah dan mata merah2..knapa lah..tetiba je sakit mata. Mungkin penat berjalan baru terasa. K zarina datang ada nk kirim barang.Aku pun membuka beg dan melipat2 apa yg patut.

10-12pm: aku mengemas apa yg tinggal..rumah Dija dan Kam ni bakal menerima seorang lagi pelajar baru jadi klu boleh biorle kemas....aku telah pun mensettle kan hal2 lain spt bills, etc...moga2 keadaan rumah #60 baik2 shja semasa ketiadaan kami di Aidilfitri nanti..

12-1pm: last minute flipping through!!! Nak dekat jumpa sv dah, tapi masih boleh read through apa yg sempat..dan menyusun points2 yg akan dibncangkan dalam kepala..

1.10 :Naik X1 dan tiba di school.

2pm: Aku telah bertemu penyelia kesayangan, dah habis dikomen dan diargue semua points2 yang tertulis dalam draft ku itu..Penyelia kelihatan berpuas hati dengan kerjaku meskipun ada yang perlu dibaiki dan ditambah, dikurang macam2 di..lah.

4.30ptg: tiba semula di rumah, nasib baik sempat catch X1.

4.45-5.30: Solat asar, dan bersiap2 untuk bertolak.

5.30 ptg: k zarina dan abg naso amik, hantar ke durham train station

6.30 ptg: train bertolak ke London

10.30mlm: smpai Stansted airport, sempat menelefon tiga sekawan: Lutfi, Rosmin dan K Zila..ucapan selamat hari raya buat mereka bertiga yg juga confirm akan balik Malaysia pada tarikh berbeza2; Lutfi pada keesokan hari sementara Rosmin dan K Zila sekitar Oktober

10.45mlm: check-in airasia, ramai benar org, yg ramai org putih dari org Msia..

11mlm: terserempak dgn kawan BTN nama Affaro bersama isterinya, juga nak pulang ke Malaysia, dan ya sememangnya sama flightla kami..

15 sep
12.30 ke departure gate di stansted airport
1.30am Maka kapal terbang pun berlepas...

Cerita berikutnya : Airasia Oh Airasia! Nantikan…

1 comment:

Amri said...

Itulah kan. Ingatkan ramai orang2 Malaysia/ Asia Tenggara naik AirAsia. Rupa-rupanya banyak orang-orang putih