Saturday 27 February 2010

quick

salam

time runs really fast,.. quick, quick my heart says...cheerio readers, will definitely post something next week or so. take care, lets pray for the Chilean earthquake victims, just heard about it over the news. and then the New Zealanders gotta be careful of the tsunami alert, it's probably gonna hit them tomorrow, prayers for the safety of humanity, Amiin ya rabbal 'alaamin.

Saturday 6 February 2010

Surprise Utk Abang

Salam

Januari bulan kejutan...
Pada 17 Januari lalu, aku telah pulang ke Malaysia selama 8 hari. Tujuannya adalah untuk membuat kejutan untuk suami sempena hari lahirnya yg jatuh pada 24 Januari.
Kiranya birthday present lah ni..birthday surprise...:D. Apapun, tempohnya cuma 8 hari kerana pada waktu2 begini tak dapat nak bercuti terlalu lama.Research masih perlukan struggling dan effort yg tidak sudah2 (rakan2 seperjuangan, marilah kita terus berdoa agar pulang dgn Phd yg cemerlang suatu hari nanti...inilah jihad kita..amiin..). Jadi, aku cuma mengambil cuti pendek setakat yg termampu..asal dapat berjumpa, walau sekejap pun jadilah, aku tetap bersyukur..

Berbalik kepada projek kejutan..

Projek kejutan tidak semudah yg disangka; begitu ramai yang bertanya bilakah aku akan pulang ke Malaysia, dan dalam sms harianku dgn abang sekali2 tidak boleh terkeluar langsung topik nak pulang ke Malaysia ni...kalau beritahu abang maka tiadalah kejutan lagi..maka setiap step yg diambil perlu dirahsiakan! Dari menempah tiket sehingga ke airport pickup semuanya harus disusun rapi. Serapi2nya..

Hehhe..

Genap 10hari sebelum berlepas, tiket Emirates ku telah disahkan. Alhamdulillah..perjalananku begitu lancar sekali. Sesekali terfikir apakah perasaaan abang bila berjumpa nanti..menjadi kebiasaan setiap kali sebelum pulang ke Malaysia, aku pasti memberitahunya in advanced supaya mudah abang mengatur masa mengambilku di airport..namun kali ini ternyata plan berbeza..

Terima kasih buat mak dan keluarga di KL, Kamilah, Lutfi dan Khalilah (adik ipar) yg sanggup ber'komplot' denganku. Tanpa anda, perancangan tidak akan seberjaya yg diharapkan.

17hb
Aku berkongsi sewa kereta dgn Kam, Lutfi menjadi pemandu ke Newcastle airport. Trm kasih Lutfi..aku sentiasa mengenang jasa...ahaha..

18hb
Aku tiba di KL, keluarga di KL picked up di KLIA. 2 malam tidur di KL.

20hb
Aku ke LCCT, ambil pula Airasia dari KL ke Senai. Setibanya di Senai, JB, Ilah ambil di airport (tq ilahhhh..)..lambat pula Ilah ke law firm haritu...nasib baik boss ok dan memahami,...:P
Kemudian Ilah membawa aku bertemu abang..terkejut abang...hehe..kebetulan abang sibuk sgt2 haritu...minta maaf la abang buat kejutan time2 sibuk begini...

Abang kelihatan susut benar..makin kurus.inilah pertama kali kami bertemu sejak abang pulang dari mengerjakan ibadah haji bulan lalu.

22hb
Abang ada meeting di KL, jadi turun KL semula..tidak ku sngka ada meeting pula dkat2 hjg mgu ni..apapun pagi2 jumaat kami dah bertolak ke KL..

23hb
Kebetulan kami di KL tu, terus mak ayah cadang nak buat BBQ sempena hari lahir abang..aku dan abang masak nasi goreng sama2, best sgt.

24hb
Inilah tarikh sebenar hari lahir abang..pagi2 kami pulang ke JB semula, sebab malam tu kami dah booking untuk makan seafood ramai2 di Seafood Junction, JB.

26hb
Hari yg sedih bagiku..terpaksa pulang ke Durham semula, dgn hati yg amat2 berat..


Apapun
Selamat Hari Lahir Abang, semoga panjang umur, murah rezeki dan kita sekeluarga bahagia selama2nya..
p/s: masih sedih, sekali lagi terpaksa berpisah dgn abang, jadi tiada mood untuk meletak gambar, hanya mampu berfikir, bilalah Phd ini akan berakhir..semoga Allah memberi ketabahan kepada kami dalam melayari long-distance marriage ini. Amiin ya rabbal 'alamiin.

Monday 1 February 2010

::kekuatan::

Salam

Sekian lama tidak menulis blog, bermacam2 peristiwa penting telah berlaku, terkadang terasa hendak menutup langsung blog ini, namun sayang masih terasa. Alangkah baiknya jika daya menulis itu sentiasa ada, diri tidak pernah pudar semangat menceritakan setiap perkara yang berlaku, mampu memperlahankan waktu dengan mengungkap setiap bibit kehidupan yang berlaku, agar pembaca peroleh manfaat dan kebaikan. Namun aku tertewas oleh masa, yang sentiasa dipersalah, dikata cemburu dengan manusia, walhal manusia sendiri yang gagal mengatur masa, maka terpancunglah mereka oleh masa, yang semakin hari semakin cepat, seminggu dirasa seperti dua, tiga hari, sehari seolah-olah hanya 5jam..

Masa terlalu cepat berlalu, diari penuh terisi tugasan dan pelbagai macam perkara yang berbeza tabii-nya, urusan pelajaran mewajibkan penumpuan, urusan lain2 tidak kurang hebatnya. Keutamaan harus dijaga, walau jauh dengan keluarga, merekalah segala2nya, rahmat Tuhan paling besar kukira. Diri hanya ingin membuat yang terBAIK dalam setiap perkara, melaksanakan apa yang terdaya, doa agar keikhlasan hati sentiasa terpelihara, dan diberikan kekuatan dari Allah untuk mengharungi segalanya di bumi Durham ini.

Hasbunallah wani'mal wakeel.