Friday 30 October 2009

Bring out the Reader in your Child

An interesting and beneficial piece of article read during the Aidilfitri holidays:

Bring Out the Reader in your Child (from Jusco Pearl magazine, Sept 2009).


Some important points that I have grasped from this article are:

1. “When you open a book with your children, you are opening the world for them".

2. Why kids lose the desire to read- this is because they tend to associate reading with work, not pleasure, as they learn reading skills in school”.

3. The desire of curiosity and interest is the cornerstone to becoming lifelong readers.

To create a supportive reading environment:
1. Read aloud (the earlier you start doing this, the better, even a baby of a few months can see pictures, listen to your voice and turn cardboard pages).
2. Make it special (no distractions of tv or telephones, hold kids and share the pleasure of a story book)
3. Bring the story alive (use sound effects as you read, if the dog says woof woof in the book, bark like a dog. If the truck rumbles along the road, make a rumbly noise. Children love sound effects when reading as it makes the story come to life, reading made fun!)
4. Continue reading aloud-many parents tend not to read once their children are able to read to themselves. You should
a) Create a reading-rich home
b) Model reading to child by being a reader yourself
c) Let your kids be IN CHARGE of what they read
d) Make reading a happy and creative pursuit

Saturday 24 October 2009

Airasia Oh Airasia!

Salam,


Perjalanan pulang

Perjalanan pulang ke Malaysia alhamdulillah lancar walaupun air turbulence kadang2 menyebabkan penumpang airasia terasa 'tergoncang'...panik juga beberapa kali..nampak benar cuaca tidak begitu baik pagi 15 Sep itu. Sepanjang perjalanan aku terus memanjatkan doa agar selamat sampai ke tanahair. Wajah2 kesayangan bermain2 dlm fikiran sepanjang 12 jam 30minit perjalanan...tidak sabar rasanya menyambut Aidilfitri di Malaysia.selamat tinggal sementara buat Durham...aku pasti kembali lagi...hehehe...

Boarding pass


Sebelum berangkat, Angah dah berpesan; katanya Airasia ni pelik sket long, dia nak tengok boarding pass sebelum distribute makanan dengan selimut. What? Aku mulanya tidak percaya kenapalah senarai penumpang tidak digunakan utk check sama ada penumpang booking makanan/selimut atau tidak? bukankah semuanya sepatutnya tertera pada rekod mereka? Hairan benar..

Aku bawa 2 majalah medium size memandangkan tiada headphone/mini screen disediakan utk perjalanan ini.

Tika masuk ke dlm flight aku terlupa nak keluarkan boarding pass yg telah pun diletakkan dalam hand carry bag ku yg berada dalam cabin. Sebelum berlepas, aku bertanya pada pramugari A, excuse me can i just get my bag so I could take out the boarding pass for meals/comfort kit later? Pramugari menjawab "Sorry, sorry I am very busy!" lalu berjalan laju tanpa menoleh sedikit pun padaku.

Masya-Allah. Ini adalah salah satu ketidaksopanan yg tidak dapat aku tolerate.

Sebentar kemudian flight pun berlepas, aku pun keluarkan sendiri boarding pass aku. bukan apa nnt klau dah tertidur kan ke susah bila dikejut baru nak tercari2 boarding pass...

Pramugari A muncul kembali dengan muka manis lalu berkata "miss can I get d boarding pass for you?". Aku menjawab "It's ok I already took it from the bag, thanks". Dia berkata "Oh wow cepatnya!".

Cepat?
Kalau dah setengah jam tak datang2 tentulah aku blh amik sendiri betul x...apelah. bukan susah sangat sampai perlu bantuan pramugari. Cuma malas nak melangkau org sebelah, ingat kot bolehlah pramugari bantu.

Dinner
Dinner was served. The dinner came in 3 components: Nasi dalam foil, air mineral dan sudu garpu.
Tiba di row kami, pramugari A dan B mula agih2kan set makanan. Kami bertiga diberi nasi shj, air dan kutleri nya tak ada.Mereka terus menolak troli ke row berikutnya.
Excuse me!..kata kami bertiga. Aku dan 2 lelaki eropah meminta air dan kutleri. Pramugari B kata minta maaf terlepas pandang. Ok no problem. Sejurus kemudian pramugari A dengan wajah selamba berkata "Sorry, tak nampak!".

Apa masalah dia ni.
Tak payah la kata gitu kalau dah memang tak pastikan SETIAP penumpang mendapat pakej makanan yg sepatutnya.
Of course I managed to forget about her as soon as I see the faces my loved ones..:)

Perjalanan kembali


Alhamdulllah, walaupun sedih benar nk tinggalkan keluarga, aku tiada pilihan.
Setibanya aku di Departure Gate LCCT, terlihatlah sebuah pesawat Air Mauritius. Aku bertanya pada airport staff adakah aku di gate yg betul. Dia kata betul, Airasia menyewa Air Mauritius. Aku tersenyum...ingatkan dah salah gate..

Abang menelefon dan bertanya sudahkan aku mendapat tempat duduk. Aku kata ok dah dapat seat. Air Mauritius luas; ada screen dan headphone, alhamdulillah. Tika mengagihkan makanan dan comfort kit, pramugara/i dgn nada sopan berkata 'mrs amalina? here are ur food, here's the comfort kit" sambil membuka table makanan di hadapan ku. Ok aje. Masa nak ke toilet, perlu tunggu ada org di dlm, tp staff dlm Air Mauritius ni ok, siap blh tunjuk an lg toilet yg vacant.

I paid for Airasia rate, but the service I got from the two journeys are different. What a contrasting experience.Maybe Airasia should charter Air Mauritius every time. Or better still, train the staff PROPERLY what amounts to manners/etiquette with customers/passengers.

Yang bengang sementara waktu,
Me

Friday 9 October 2009

Mengimbau 14 September

Coretan separuh kedua Ramadhan

8-12 Sep
Dipendekkan cerita Ramadhan, antara 8-12 September aku berada di Lund, Sweden melawat angah. Tahun ni dah dua kali visit angah di sana memandangkan angah kurang sihat. Kali pertama di bulan Ogos, dan kali kedua pula dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah kini angah dah semakin baik dan boleh ke lab seperti biasa..semoga phd research angah berjalan lancar...insya-Allah..


12 Sep

Aku pulang semula ke UK, malam tu tiba di airport 11pm, jadi kena tidur di airport..nasib baik x penat sgat sebab Copenhagen-Stansted Cuma 1jam lebih…dah buka puasa di Copenhagen tadi, makan nasi goreng special angah dalam train..
cumanya nak ke Sweden ni tak ada direct flight ke Sweden tu yg susah...dari Newcastle mmgla confirm tak ada tu yg kena ke London..so the only option london-copenhagen, haha siap nyinggah Denmark dulu tu setiap kali nk jumpa angah..

Aku pun tido di bawah papan iklan dalam airport sehingga pagi..memang selamba..Stansted is my second home...ahaks


13 Sep

Selepas bersahur dan bersolat subuh, aku bergegas ke train station dlm airport Stansted lalu ambil train ke Durham, tapi perlu transit di Peterborough terlebih dahulu. Malangnya terdapat disruption di beberapa stesen keretapi menyebabkan delay dan aku perlu bertukar2 2 lg train hanya semata2 nk ke Peterborough tu..patutnya 1 dah jadi 2 tren..
Tiba di durham 9am, k zarina dan abg naso ambil di train station. Lega.
Pada malamnya aku berbuka puasa di rumah sendiri. Jemputan iftar terakhir di Durham rupanya bertempat di rumah sendiri..trm kasih abg amir dan kak azizah krna menjaga rumahku dgn begitu baik sekali..rumah jadi makin berseri dengan kehadiran along, angah dan syahmi dgn telatahnya yg unik..eheheh..kakak rindu korang semua, dah masuk rumah baru ni jgan lupa visit2 la kakak selalu..dorg mmg panggil kakak kalau budak2 lain semua panggil aunty..

Kini abg amir sekeluarga dahpun berpindah ke rumah mereka di Steavenson St. Selamat menjalani penghidupan baru di sana dan semoga dah dapat adjust dgn rumah baru tu…


The Busy September 14


Percaya tak baru semalam dari Stansted hari ini ke Stansted lagi?
Airasia pun suka Stansted, sebab tu departure nya dari situ shj..heheh...apapun bersyukur lah ada juga airline direct ke Msia yg murah betul x...percaya atau tidak harga tiket ku cumalah GBP 265.60.

9am : aku bangkit lambat, selepas subuh terasa begitu lemah dan mata merah2..knapa lah..tetiba je sakit mata. Mungkin penat berjalan baru terasa. K zarina datang ada nk kirim barang.Aku pun membuka beg dan melipat2 apa yg patut.

10-12pm: aku mengemas apa yg tinggal..rumah Dija dan Kam ni bakal menerima seorang lagi pelajar baru jadi klu boleh biorle kemas....aku telah pun mensettle kan hal2 lain spt bills, etc...moga2 keadaan rumah #60 baik2 shja semasa ketiadaan kami di Aidilfitri nanti..

12-1pm: last minute flipping through!!! Nak dekat jumpa sv dah, tapi masih boleh read through apa yg sempat..dan menyusun points2 yg akan dibncangkan dalam kepala..

1.10 :Naik X1 dan tiba di school.

2pm: Aku telah bertemu penyelia kesayangan, dah habis dikomen dan diargue semua points2 yang tertulis dalam draft ku itu..Penyelia kelihatan berpuas hati dengan kerjaku meskipun ada yang perlu dibaiki dan ditambah, dikurang macam2 di..lah.

4.30ptg: tiba semula di rumah, nasib baik sempat catch X1.

4.45-5.30: Solat asar, dan bersiap2 untuk bertolak.

5.30 ptg: k zarina dan abg naso amik, hantar ke durham train station

6.30 ptg: train bertolak ke London

10.30mlm: smpai Stansted airport, sempat menelefon tiga sekawan: Lutfi, Rosmin dan K Zila..ucapan selamat hari raya buat mereka bertiga yg juga confirm akan balik Malaysia pada tarikh berbeza2; Lutfi pada keesokan hari sementara Rosmin dan K Zila sekitar Oktober

10.45mlm: check-in airasia, ramai benar org, yg ramai org putih dari org Msia..

11mlm: terserempak dgn kawan BTN nama Affaro bersama isterinya, juga nak pulang ke Malaysia, dan ya sememangnya sama flightla kami..

15 sep
12.30 ke departure gate di stansted airport
1.30am Maka kapal terbang pun berlepas...

Cerita berikutnya : Airasia Oh Airasia! Nantikan…