Wednesday 14 September 2011

sahabatku itu

salam,

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Berkatilah sahabatku itu.berita gembira disampaikannya padaku, bahawasanya Engkau Pencipta kami telah meniup roh dalam rahimnya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Sekali lagi sang ibu akan melalui proses kelahiran di bumi asing..dan pasti zuriat sulungnya bakal memperoleh sang adik peneman sejati insya-Allah, tidak lama lagi.
Namun apalah dayaku kerna aku sendiri tidak pernah merasai jerih perih melahirkan zuriat...mohon maaf sahabat kerana diriku agak jauh untuk membantu...dan mohon maaf andai aku kurang memberi empati..bukan mudah untukku menasihati dan memahami keadaan sebenar dirimu. Yang pasti,di mana saja sahabatku ini berada, setiap burung2 yg berterbangan, ikan2 di lautan, akan berdoa padamu ya Rabbi, supaya diampuni segala dosanya. Ya Rabbi betapa besarnya hikmah menjadi seorang ibu...Moga-moga dalam setiap kesusahan ada kemudahan...moga dimudahkan urusan menyelesaikan first draft nya, amiin...

Kuatkanlah kami ya Allah dalam memperjuang ilmuMu yang Maha Luas.

Sunday 11 September 2011

ya, cuba saja

salam,

perjuangan diteruskan! teruskan mencuba wahai diri. Bukankah rezeki semuanya telah tertulis? Penciptamu Maha Mengetahui perjalanan hidupmu. Dan ingatlah, bahawa hanya Dia yang bisa menghilang hapus segala keresahanmu. Usah tertipu dengan keseronokan duniawi.

Namun, ingatlah bahawa usaha duniawi itu perlu kuat dan bersungguh seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi, namun ibadahmu harus khusyuk seakan2 kamu akan mati esok, malah anggaplah setiap ibadat adalah ibadat terakhir bagimu. Satu titik wasatiah yang tinggi yang harus digapai setiap Muslim.

Ya Tuhanku! Bantulah pejuang2Mu...

Me