Salam
Kelmarin saya telah mendapat perkhabaran gembira: rakan saya Bisha Fathamah telah selamat melahirkan seorang baby boy...mendengar suaranya di telefon tengahari ini saya turut tumpang gembira. Alhamdulillah baby dan si ibu sihat2 sahaja.
Semenjak pendengar-pendengar setia saya bersalin, agak kurang saya dan mereka dapat berchat di ym .Kadang2 adalah. Apapun itulah yg didoakan bersama2 selama ini..semoga mereka semua dlm keadaan tenang..dan semoga diri saya juga begitu.
Tiga rakan saya yg dimaksudkan ialah Maz, Shila dan Bisha.
Maz
Maz (atau nama sebenarnya Mazlynda hehe) merupakan rakan USIM yang merupakan tutor seperti saya, cuma lain fakulti. Beliau mengajar di Fakulti Sains dan Teknologi sementara saya tutor di Fakulti Syariah dan Undang-undang. Yg membuatkan kami kenal dan lebih rapat adalah kerana kami ni housemates masa mengajar di USIM. Kami menyewa sama di rumah Kak Muna yg terletak di Desa Kasia, Nilai..Jarak rumah kami dgn pejabat cuma 5 minit sahaja. Tambahan pula Maz akan balik hujung minggu ke PJ, jadi saya ada juga menumpang Maz sebab nak balik ke rumah TTDI. Kami melanjutkan pelajaran sama2 di bulan Sept 2006 dlm peringkat Masters. Cuma saya di Durham sementara Maz (serta Yumn, seorg lagi housemate kami) di Kent University. Banyak kenangan manis dan pahit dikongsi bersama sewaktu di zaman bujang ni. Kami juga kahwin dlm tahun yg sama, iaitu setelah tamat pengajian Masters. Maz berkahwin Feb 08 sementara saya pula Ogos 08. Amat seronok melihat rakan saya ni naik pelamin. Cuma Maz tak dapat hadir ke majlis kahwin saya sebab dah ke UK seawal Jun untuk menemani suami memulakan Phd. Apapun Maz mula Phd nya juga sama spt saya iaitu Sept/Oct 2008...selamat berjaya Maz dlm bidang actuarial science di Southampton University, UK..semoga kita sama2 berjuang sekali lagi kali ini...trm kasih selalu ingt2kan lin dgn nasihat2 yg power heeheh..ketika sy sedang sedih dlm kapal terbang dr Malaysia Maz pula telah selamat melahirkan seorang puteri di Southampton...
Shila
Seorang lagi rakan serumah kami namanya Shila. Nama sebenar dia unik, Jaziratul Shila. Asal Pekan, Pahang beliau sebaya saya. Sementara Maz dan Yumn pula setahun muda dari kami. Shila ni lasak tapi bila dh lama2 kenal rupanya lemah-lembut je orgnya:) ...sungguh keibuan. Shila sekarang di Amman, Jordan dan akan tamat Masters dlm pengajian Islam sebelum Aidilfitri ini. Dia ni terror sgt bawa motor,...kami penah p beli kain baju kurung dekat area Nilai sama2. Siap g McD lagi lepas tu...heheh...I miss those days Shila..Shila berkahwin semasa saya dan Maz sedang menyiapkan masters di uk iaitu 2007. Apapun kami selalu keep in touch di ym. Selain Maz, beliau adalah 'kaunselor' saya dlm banyak perkara2 peribadi..hehe..Shila tutor USIM di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan...pernah satu ketika keluarga Shila datang melawat Nilai..walaupun telah kehilangan ayahanda, keluarga mereka sangat fun, happy-go-lucky dan kelihatan sungguh tabah melalui hari2 tanpa seorg ketua keluarga. Ibulah ayah dan ibu Shila dan 2 lagi adik perempuannya...semoga pengajian Shila tamat dengan mumtaazah insya-Allah..lin sentiasa doakan agar Shila tabah spt selalu...Shila telah selamat bersalin 2minggu selepas Maz dan alhamdulilllah juga mendapat seorang puteri di Amman...
Bisha
Bisha Fathamah bukan rakan serumah tapi rakan sekatil semasa berkursus di Biro Tatanegara..ops bukan sekatil tapi dia katil bawah sementara saya di katil atas..double-decker belaka katil di BTN Ulu Sepri, Negeri Sembilan ni..kami kenal May 2008..sekarang Bisha dekaaatt je dgn saya sebab dia buat Phd researchnya tentang cancer di Newcastle University. Walaupun kenal sekejap tapi banyak yg dikongsi bersama cik kak seorg ni..kalau g beli ayam/daging halal kat Newcastle sempat singgah sebentar kat rumah Bisha yg juga terletak di Fenham ni...dekat benar dgn kedai halal tu..yg paling rasa terhutang budi tu bila Bisha dan suami sanggup menghantar adik dan adik ipar saya ke Newcastle Airport sesudah subuh tuu..masa tu adik dtg ziarah saya di Durham...kami menumpang satu malam di rumahnya dan macam2 dia masakkan huhuhu..lunch, dinner dan breakfast dlm masa 12 jam menumpang!! 2 minggu lepas Bisha pula dtg ke Durham bersama2 suami serta ibunya..ketika tu blom bersalin lagi...jumpe dia di rumah ustazah hamidah...sempat berborak2 sekejap...hehe...pernah juga Bisha offer nak belikan barang2 groceries untuk saya,...tp xpe la Bisha pasal skrg ni Durham dah ada kedai halal ehehheh...sebab tu lin dh jarang ke sana..anyway thanks for the offer ya Bisha n hubby...may Allah bless you both...2 hari lepas Bisha telah selamat melahirkan seorang putera di Newcastle.....
APAPUN........................
TAHNIAH
Maz & Yazis, atas kelahiran puteri sulung Mysha Yariqa pada 23 April 2009 di Southampton, UK
Shila & Abdullah, atas kelahiran puteri sulung Nuha Arissa pada 7 Mei 2009 di Amman, Jordan, dan
Bisha & Zuraidi, atas kelahiran putera sulung Naufal Aidi pada 23 Julai 2009 di Newcstle, UK.
Semoga Allah mempermudahkan jua perjuangan Maz, Shila dan Bisha dlm pelajaran masing2 dalam kehidupan berkeluarga..lin sentiasa doakan tiga2 rakan lin yg telah banyak memberi nasihat dan pandangan2 peribadi (via online tuu)pada lin dalam masa kesusahan lin sebelum ni...keep in touch.. I miss you three !
:)
A.A.T
No comments:
Post a Comment