Saturday, 18 July 2009

Usrah Wanita di Hari Valentine

Hi,

Menjelang Februari, usrah wanita julung2 kali diadakan di rumah saya. Jatuh pula pada tarikh valentine's day tu. Sempena sambutan yang tak boleh disambut ni, saya memberi tazkirah tentang hukum menyambut hari valentine atau hari kekasih. Antara isi tazkirah saya ialah spt yg berikut:

...apa yg mendukacitakan adalah umat Islam zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yg langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. spt sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween & Valentine. Terdpt larangan drpd baginda s.a.w. untuk meniru budaya org bukan Islam & bg mrk yg meniru budaya spt ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Ttg hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Harus kita ingat bahawa golongan yg memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dlm jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

  • Pengajaran
Kasih sayang dlm islam meliputi semua & tidak terbatas pd seseorg individu
Kita jg perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.
Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dgn perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sdgkan syirik adalah dosa yg tidak terampun.
Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya... (al-Nisa’: 116).


Didahului dgn tilawah al-qur'an dan sesi tajwid, diikuti pula dengan petikan hadith oleh Ustazah Hamidah binti Mat. Diakirii dgn solat magrib berjemaah sebelum makan bersama2. Terima kasih pada kumpulan usrah Bowburn: Ustazah Hamidah, Kak Ros (penghulunita kita), Kak Zu (siap pinjamkan pinggan mangkuk pasai saya tak cukup barang kt rumah), Kak Wan, Kak Hanira, Kak Aisyah, Kak Ogy, Nik Marlina dan Adlina atas kedatangan anda semua. Meriah rumah hari tu. Cuma budak2 maybe tak rasa meriah pasal rumah auntie tak ada toys. So main2 conteng papers je la kat tingkat atas smntara tgu ibu2 habis berdiskusi.

:)
A.A.T

No comments: