Saturday 8 August 2009

Penulis Periksa

Salam dan salam sejahtera

Amat bertuah bila mendapat peluang menjadi seorang penulis periksa..
Ceritanya...

Suatu hari dapat email jabatan yg bertanyakan sama ada sudi kah menjadi penulis periksa..dalam istilah BI disebut amanuensis. Pd mulanya ignore shj, tmbah2 bila memikirkan komitmen2 lain yg wajar dilaksanakan dan dipenuhi..tentu ada researcher/postrad student yg lain dpt menjadi amanuensis ni..namun bila email datang kali kedua, kedengaran bunyinya spt memjuk..

Menurut email tersebut, salah seorg daripada pelajar undergrad memerlukan seorang penulis periksa utk menulis final exam nya..kenapa ya..sakit apa pelajar ini hinggakan tak boleh menulis..mungkin accident, saya terfikir sendiri...kedatangan email kedua di tmbah dgn email sokongan dari salah seorg Professor dlm jabatan yg mengatakan tolonglah, pelajar ini sangat2 memerlukan amanuensis untuk examnya yg bermula minggu berikutnya..

Tanpa berfikir pnjang saya menawarkan diri...lantas reply email tersebut (kalau fikir beria2 nanti mesti tak jadi tolong, adala alasan2 yg tak munasabah nanti).. dan dlm bebrapa minit shj pegawai pentadbiran jabatan membalas semula email saya dan kata trm kasih! ..apapun bukan sy seorg, ada 1 lg individu yg mendaftar diri utk menulis 1 kertas periksa...yg lg 3 subjects smuanya diserahkan pd sy..bayaran dua angka untuk setiap jam bekerja tu..kira oklah..

Dengan rasa gembira saya melaksanakan tugas tersebut.mula2 kena collect exam paper and question dari Student Planning and Assessment Unit (SPA) diikuti dengan berada di tempat exam 1/2 jam sebelum exam bermula...

Tempat exam di St John's College..saya lihat borang periksa, nama pelajar A.V. (hehe bukan nama sebenar)..reception lady trus bawa saya ke blk exam tersebut...jauh jg dr reception counter..berbelit2 jln dlm St John's college ni..kalau tak ada guide memang blh sesat..

Setelah sampai bilik khas exam saya menunggu AV..beliau tiba tak lama kemudian, kelihatan sungguh friendly, ramah orgnya...tidak menunjukkan apa2 kecacatan/disability yg jelas...nmpak sihat shj orgnya..
sblm mula jawab kertas yg pertama saya menerangkan pd beliau bbrpa peraturan am sebelum peperiksaan (standard la kan mcm kt msia jg)..AV terus memulakan bacaaan soalan...15minit kemudian saya menulis tanpa henti selama 2jam. penat tau sebab non-stop dan perlu ikut dictation speed dia...kejap cancel, kejap tukar ayat hehe macam2lah..tapi seronok jg...
begitu jg dgn 2 lg subjek yg AV duduki...selama sminggu lebih jglah saya jadi amanuensis kepada AV.

Apabila ke SPA untuk menghantar kertas jawapan saya perlu menandatangani borang sbg pengesahan penghantaran kertas..saya ternampak ramai jg pelajar Durham yg request amanuensis ni...alasan2 spt: pregnant, accident dsbnya...

tika melihat nama AV barulah saya mengetahui keadaan sebenar: beliau adalah dyslexic..

masya-Allah..

Dxyslexia adalah sejenis learning disorder yg mana penghidapnya mengalami kesukaran mengeja dan membaca..ia tiada kaitan dgn kepandaian atau tahap IQ seseorg..ini bmkna seseorg kanak2 pandai/genius mgkin blh mengalaminya..tanda2 spt lambat membaca, lambat bercakap, sukar mengeja atau membezakan satu huruf dgn yg lain dsbnya wpun arahan2 org dewasa adalah simple dan jelas,..utk lebih jelas saya quote di sini definisinya:

The World Federation of Neurology defined dyslexia as follows:
Specific developmental dyslexia is a disorder manifested by difficulty learning to read despite conventional instruction, adequate intelligence, and adequate sociocultural opportunity.

Tika menulis jawapan AV, saya dalam diam merasakan bgus juga jwapan dia..tapi, patutlah beliau suka tukar2 jwapan dan saya terpaksa adapt dgn keadaan ini..dr segi luaran nmpak ok shj orgnya, tp keadaan dyslexicnya menyukarkan penulisan dan itulah tujuan adanya penulis periksa spt saya pd musim2 exam ni..patutlah uni pun beri masa tambahan 30minit utk kami sama2 selesaikan kertas periksa utk stiap subjek..br lah sy faham.

Apapun hikmah menjadi amanuensis ni mmg ada...yelah mula2 xnak volunteer, lps tu rasa mcm dpt buat duit lebih uhuhuh tp rupe2nya Allah mempertemukan saya dgn insan sekuat ini yg bertungkus-lumus belajar mnghadapi exam...saya malu dgn diri sendiri sebab niat kurang ikhlas pd awalnya...dan saya malu kerana msih belum memaksimakan keupayaan diri kirenye blom all-out lagilah dalam bab2 belajar dan menguruskan kehidupan sbg hamba Allah di muka bumi ni..saya cuma tersenyum pada AV sebelum berpisah, tapi skrg sy perlu berterima kasih krn perkenalan singkat itu penuh berhikmah. Paling penting, ia merupakan suatu peringatan utk rasa syukur kpd nikmat tubuh badan dan keupayaan yg sempurna kurniaan Allah swt.

Alhamdulillah...

:)
A.A.T

2 comments:

zarina said...

Tak tolong kasi jawapan ke kat dia?
kalo penulis periksa tu yang salah eja cam ner? kena tolak markah tak?

Chai Tea said...

tak boleh kasi jwapan ooo...eheheh.. harap2 sy xdele buat salah, dia pon tgok skli imbas je answer scripts yg sy tulis..trus sengih kata ok..huuh harapnye okle