Tuesday, 11 October 2011

ahlan wa sahlan

ahlan wa sahlan buat sahabat-sahabat baru di durham:

Kak Wan Aminah, Sabrina, Nurul Husna, Nazlin, Razman&Nik Fazlina, serta Rinzal dan Zikri. Masih belum berpeluang bertemu yang lain. Selamat berjuang di sini dan membawa pulang kejayaan yang diberkati, amiin!!

ps: Doa itu juga dituju buat diri sendiri yang masih di sini.

Wednesday, 14 September 2011

sahabatku itu

salam,

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Berkatilah sahabatku itu.berita gembira disampaikannya padaku, bahawasanya Engkau Pencipta kami telah meniup roh dalam rahimnya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Sekali lagi sang ibu akan melalui proses kelahiran di bumi asing..dan pasti zuriat sulungnya bakal memperoleh sang adik peneman sejati insya-Allah, tidak lama lagi.
Namun apalah dayaku kerna aku sendiri tidak pernah merasai jerih perih melahirkan zuriat...mohon maaf sahabat kerana diriku agak jauh untuk membantu...dan mohon maaf andai aku kurang memberi empati..bukan mudah untukku menasihati dan memahami keadaan sebenar dirimu. Yang pasti,di mana saja sahabatku ini berada, setiap burung2 yg berterbangan, ikan2 di lautan, akan berdoa padamu ya Rabbi, supaya diampuni segala dosanya. Ya Rabbi betapa besarnya hikmah menjadi seorang ibu...Moga-moga dalam setiap kesusahan ada kemudahan...moga dimudahkan urusan menyelesaikan first draft nya, amiin...

Kuatkanlah kami ya Allah dalam memperjuang ilmuMu yang Maha Luas.

Sunday, 11 September 2011

ya, cuba saja

salam,

perjuangan diteruskan! teruskan mencuba wahai diri. Bukankah rezeki semuanya telah tertulis? Penciptamu Maha Mengetahui perjalanan hidupmu. Dan ingatlah, bahawa hanya Dia yang bisa menghilang hapus segala keresahanmu. Usah tertipu dengan keseronokan duniawi.

Namun, ingatlah bahawa usaha duniawi itu perlu kuat dan bersungguh seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi, namun ibadahmu harus khusyuk seakan2 kamu akan mati esok, malah anggaplah setiap ibadat adalah ibadat terakhir bagimu. Satu titik wasatiah yang tinggi yang harus digapai setiap Muslim.

Ya Tuhanku! Bantulah pejuang2Mu...

Me

Sunday, 14 August 2011

Tahniah Kejayaan Phd

Salam,
Dua kalung (bukan sekalung..)ucapan tahniah diucap pada:

Dr Hadijah Jaffri (Education) dan Dr Nur Fakhzan Marwan (Economics) di Durham University,

atas kejayaan masing2 menempuh viva voce yang berjalan minggu lalu. Doakan agar kami menyusul segera selepas ini. Hanya Allah mengetahui beban dan usaha kalian selama ini. Kedua2 rakan saya ini masing2 kehilangan ayahanda tatkala berjuang dalam pengajian phd. Dijah tika di tahun dua, K Nur pula 2 bulan lalu. Banyak pengalaman yang berguna dikongsi pada kami, syukran akhawat ku..

:)

Masih teringat Dijah pernah membantuku tika masakan 'kurang menjadi':)..dan Dijah pernah menghadiahi buku doa yg insyalh menjadi rujukanku sampai bila2.

K Nur,terima kasih atas SEGALA pertolongan yang pernah dihulurkan padaku. Ianya termasuk tetapi semestinya tidak tertakluk:)pada,ilmu2 menakrif graf2 ekonomi, konsep2 kompleks yg harus ku interpret utk menyokong research question ku, namun paling berharga ialah peringatan melalui tazkirah2 yang disampaikan padaku.Terima kasih kerana sedari awal k nur banyak menasihati ku ttg kepentingan amalan zikir harian, solat2 sunat dan HATI YANG BERSIH yang penting pada SETIAP masa, TERUTAMANYA dalam memperjuang ilmu Phd.

I am so blessed by their presence, but I am most blessed by the fact that these kakaks at some point, remind me that Allah selalu berada dengan kita. That's why I have and am, surviving:)

Me
Hari Keempat Belas Ramadhan

Wednesday, 10 August 2011

Juangkah?

Salam para pejuang,

Ramadhan kareem, Allahu Akram. Selamat menempuh hari2 Ramadhan yang indah. Tak harus merintih, malah perlu memperkuat jiwa dan sanubari di bulan ini. Berlapar berhaus sembilan belas jam ini suatu cabaran yang tidak mungkin dapat dilupakan. Setiap hari punya 5 jam sahaja untuk menyegar diri dan jiwa-berbuka, solat wajib, solat sunat tarawih, sahur dan mempersiap penulisan thesis yang memerlukan kerja2 penghalusan dan susunan semula struktur2 yang tersasar. Baki sembilan belas jam lagi bukan bermakna terbuang oleh perkara sia, namun harus diakui kelelahan fizikal dan mental sesekali menyusup lalu mengganggu tumpuan. Ingin menjadi pejuang sebenar, namun banyak kelemahan2 yang harus dibaiki dari hari ke hari. Perasaan rindu berjaya diketepi, namun keupayaan diri masih belum dimaksimakan. Kuatkan kami Ya Rabbi.

Me
Hari Kesepuluh Ramadhan
2.30 pagi

Monday, 6 June 2011

Happy Monday everyone!

I know, it's back to the regular routine, therefore, Happy Monday everyone. Allah bless

Saturday, 4 June 2011

Ketetapan Hati

Salam,
Bagi kita insan lemah yang dan bergantung sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wata'ala, sentiasalah menyebut:
Rabbana la tuzig qulubana ba'da idz hadaitana wahablana milladunka rohmah. Innaka antalwahhaab.
Maksudnya: ("Mereka berdoa dengan berkata:) Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
(Surah ali-Imran ayat 8).

Keterangan Ayat
Bagi mereka yang berilmu dan beramal dengan ilmunya, seringlah berdoa: Ya Allah, jadikanlah kiranya Engkau jadikan hati kami berpaling dari hidayah yang telah Engkau berikan. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari Sisi-Mu". Bermakna, kurniakan ketetapan dalam hati kami akan iman dan hidayah itu. Sebahagian ulama pula mentafsirkannya sebagai memohon keampunan Allah (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat ke-8, surah ali-Imran).

Menurut sebuah hadis riwayat Ahmad, al-Nasa'ei, Ibn Majah dan al-Hakim yang dianggap sebagai sahih olehnya bahawa Nabi s.a.w besabda maksudnya:"Al-Mizan itu berada di tangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga ke hari kiamat. Hati manusia berada antara dua jari Allah al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakinya akan disesatkannya.

Khasiat dan Khaifiat Beramal
Disebabkan hati kita ini amat mudah berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi s.a.w (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 8 surah ali-Imran.

Doa dipetik dari buku yang sama tulisan Ustaz Haji Zahazan Mohamed seperti tertera di entri lalu.

wallahu'alam..