salam,
Persoalan tabarruj perlu dikaji dengan lebih teliti. Sila tinggalkan pendapat anda di bahagian komen. Sambil2 itu, marilah kita sama2 renungkan catatan di bawah:
http://www.islamicawakening.com/viewarticle.php?articleID=1357
Me
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan." [al-Qasas ayat 24]
Sunday, 30 January 2011
Monday, 24 January 2011
Saturday, 22 January 2011
Syukur tidak terhingga
Salam,
Semalam sahabat berkata padaku sambung-sambunglah menulis blog. Wahai rakan seperjuangan, aku kan cuba meskipun kurang kudrat memperindah blog ini dengan kata-kata hikmat dan kata-kata meluah rasa. Apapun aku terlalu bersyukur kerana dengan izinNya kau kembali ke bumi asing dan dapat kita bertemu kembali. Cukup terharu dengan setiap pertolonganmu menerusi talian YM. Terima kasih sahabat.Moga Allah mempermudah Phd mu, amiin. Dan sahabat, jika maksudmu aku cantik pada paras rupa, maka usahlah memuji,kerana akhlakku banyak cacat celanya. Jika maksudmu akhlakku cantik, sesungguhnya itu penambah alasan untuk aku menolak pujianmu; akhlakku tidak sempurna, darjat muslimah sejati masih harus dikejar dan jauh jaraknya dengan diriku yang serba kekurangan. Doakan aku menjadi insan yang lebih baik dari hari, ke hari.
Adik menitip anugerah kala aku membantunya menjawab kemusykilan islami. Adikku, kakak cuma mengharap balasan Ilahi. Jazakillah atas anugerah pada entri mu yang lalu, jangan lupa menitip kata untuk kakak dalam doamu. Kakak juga mendoakan yang sama buatmu. Kakak mengerti perasaan menjadi wanita berhijab di bumi asing yang penuh ranjau berduri, dugaan dan godaan. Bersabarlah, sesungguhnya Allah pasti membuka jalan bagi mereka yang celik hati sepertimu.Insya-Allah.
Anak didik yang celik hatinya mampu menasihatku dengan doa dan kata2 hikmat. Syukran di atas peringatan hikmat ayat seribu dinar, dan bacaan kata-kata Hasan al-Basri itu juga menyumbang ketenangan dalam sanubari.Sesungguhnya aku berbangga dan bersyukur dikurnia Allah akan anak didik sepertimu. Moga Allah mengurnia ketetapan hati dan keikhlasan kala aku menabur ilmu di bumi hujan batu itu suatu hari nanti. Doakan perjuanganku kala ini. Dan sebagai pendidik, doaku sentiasa utuh buat setiap anak bangsa.
Kakak, terima kasih, jadi kejutan pabila dirimu mengimbas keenakan masakanku dua tahun lalu di pertemuan kita semalam! Nikmat makanan membentuk penyebab kita bertemu, namun ia tidak bisa menanding harga sebuah ukhuwwah fillah yang kita miliki. Aku berdoa akan kesihatanmu senantiasa. Moga Allah mempermudah Phd mu yang bakal disempurna itu. Aku bersyukur pada Allah kerana kau butuh menongkah arus dugaan dalam apa jua keadaan. Kau sumber inspirasiku di sini dan di mana jua diriku berada kelak, insyaAllah.
Syukran ya rabbi atas kasih sayang ini, meski aku perantau durja.

Subscribe to:
Posts (Atom)