Monday 27 July 2009

Melur,David Beckham dan Queen Elizabeth

Salam dan Hi!

Saya merasa cukup bertuah kerana dlm kedua2 bulan May dan June lalu dapat berjalan2 dan bersantai bersama2 adik-beradik.Syukur Alhamdulillah ada rezeki adik2 dtg ke mari..

Mei lalu Angah dengan Hamim dtg, sementara Jun pula giliran Baby dan Maman..

Walaupun pd masa yg sama perlu turun ke London utk menjadi tour guide 2 kali berturut-turut tetapi manfaatnya byk (napa tetiba pakai perkataan ni pun sy tak pasti). Selain menambah ilmu tentang selok-belok London saya juga dpt menenangkan fikiran (yela tuu)..hihihi

Oxford St London merupakan satu kemestian meskipun hanya sekadar untuk memenatkan kaki di kala window shopping. Apatah lagi klau nak shopping betul2 hehe maka pengunjung London tidak sewajarnya melepaskan peluang menapak jalan istimewa ini. Deretan kedai yg tidak putus yg menawarkan diskaun/harga runtuh memang byk. Cukuplah sekadar saya meng-highlightkan di sini favourites kami; Primark dan Selfridge &Co. Belilah 2-3 helai pakaian yg setiap satunya kurang dari 5 pounds…murah tu, lg2bila berjalan di kota London memang sukar utk berjimat wpun sbnarnya blh je..
Kemudian ke Harrods p ambil gmbar dekat memorial Dodi& Diana. Tak ada beli apa2pun, sekadar nk jejak kaki dlm Harrods yg sememangnya mengherotkan poket ni ( k zarina juga menggunakan term ‘harrods herot’ ni…hhehe)
Tempat2 lain seperti Kensington Garden, Hyde Park serta Royal Albert Hall tu skadar bergamabr shjalah. London Eye dan Madame Tussauds menyeronokkan tapi cukupla kalau g skali shj bg sy

Penemuan terbaru ialah dapat makan kat restoran Melur, Malaysian restaurant di Edgware Road..satu lg dapat melihat David Beckham walaupun dr kejauhan…pertemuan tanpa dirancang ini berlaku semasa kedatangan baby n maman...ketika kami turun bas kat Oxford Street kelihatan sungguh ramai manusia berkumpul di depan Selfridge & Co...rupanya Encik Beckham akan merasmikan hari pertamanya sbg model Emporio Armani..tak sangka pula...mula2 kami jalan2 tempat lain dulu, sebab tgok mcm lama sgt nk nunggu kemunculan beliau..alih2 lalu kembali akt area tu terus Beckham pun muncul...tersangatla kebetulan dia muncul bila kami tiba semula di point yg sama..nanti ada mood br upload lebih byk gmbar…
Lagi satu perkara mengejutkan bila ke Buckingham Palace..dapat melihat Queen Elizabeth sekilas pandang..kenapa dan bagaimana? kenapa-sebab hari tu kebetulan birthday Her Majesty Queen; bagaimana-dia lalu dlm kereta...tak dapat salam pun..hehe...
angah, hamim, baby and maman sangat2 seronok.. sy yg paling seronok...syukur!
:)
A.A.T

2 comments:

Ezati said...

waaa.. best2..bukan senang nak tgk depan2 kan..:-)

Chai Tea said...

hhehehe